Tanpa usaha keras takkan berjaya.
Tapi kadangkala kita dah cukup berusaha sunguh-sungguh pun tetap tidak dapat capai apa yang kita mahu.
Kita tahu semua itu.
Tapi kita masih simpan harapan untuk ianya menjadi kenyataan. Itu yang membuatkan kita hidup hari-hari.
Harapan.
Itu yang buat kita semua bertahan dan hidup dari hari ke hari.
Cuba bayangkan kalau hidup tanpa harapan.
Manusia-manusia menjadi seperti robot, tidak berperasaan.
Dunia jadi kosong seperti gurun Sahara.
Harapan.
Tak semua akan jadi kenyataan tapi itulah yang kita kejar.
Sampai mati.
Harapan.
No comments:
Post a Comment