Aku perlukan pengembaraan yang menarik dalam hidup aku. Dah terlalu plain sangat nie. Sungguh dah macam lembu dicucuk hidung pun ada jugak aku rasa. Siallah!
Tapi setakat nie aku memang hanya mampu membebel setiap kali aku punya rasa yang macam babi nie. Nak ambil langkah permulaan tak berani sungguh.
Aku ada tanggungan. Siapa yang nak bayar duit sewa rumah, bil-bil yang mencengkam kalbu, duit ptptn yang menimbun dia punya interest dan siapa nak tolong bayar hutang mak aku tuh? So ko nampakkan yang hidup aku nie dikelilingi hutang.
Bila sebut pasal duit memang kepala hotak aku jem. Sesak menyesakkan. Macam nak kena heart attack je rasanya. 2 hari dapat gaji, duit dah tinggal berapa ratus je. Sebab tuh aku jadi manusia yang kedekut. Orang lain suka-suka makan dekat cafe2 yang kononnya ada kelass tuh tapi aku lagi rela beli nasi campur gerai Mak Limah (bukan nama sebenar).
Korang fikir duit tuh jatuh dari bulan untuk aku belanjakan sesuka hati? I don't give a damn pasal nak beli beg mahal2, baju dekat butik MNG ke Topshop ke atau makan tiap2 western tiap2 hari. Sebulan sekali dapat makan dekat restoran pun bagi aku dah cukup mewah. Beli baju bundle rm5 pun aku dah rasa happy nak mampus tahu?
So memang silap besarlah kalau orang datang dok menunjuk2 depan aku. Paling habis baik aku senyumkan jer lah, kalau aku tengah PMS memang maki hamun lah kau dapat.
Dengan taraf hidup ak sekarang sepatutnya aku hidup mewah tapi bila dah ada tanggungjawap yang keliling pinggang tuh aku rasa buruh kasar lagi mewah hidupnya dari aku. Aku penatlah macam nie. Asyik kena peras ugut sahaja!
For once I just want to live on my own! Tapi gila kera sumbang kan aku. Tak ada yang peliknya sebab sekarang nie pun aku dah ala-ala nak jadi kera pun.
Dekat office aku lebih suka duduk diam2 dalam compartment aku tanpa perlu bergosip sana sini, dekat luar pulak aku lebih suka jalan sorang2, if ada outing dengan kawan2 aku lebih suka buat hal sendiri cuma kadang2 je aku menyampuk. Aku lagi suka pergi tempat yang orang lain langsung tak kenal aku, duduk situ diam2 dan berkawan dengan alam. Sebijik macam kera sumbang wei.
Rasa lonely? Dah lama aku berjabat tangan dengan lonely tuh, macam belangkas. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya kepala aku dok fikirkan. Cuma aku dah terlalu penat nak melayan kerenah manusia2 pelbagai.
Ada sekali aku digelar pemalas hanya semata2 aku tak mahu berebut2 menyiapkan hidangan untuk budak2 office. Sumpah waktu tuh malaikat pegang aku sipi2 bila marah aku dah sampai ke otak. Buat aku aku nak menyempit kalau dah ada 10orang yang rajin di situ? Sudahnya aku duduk diam2 dekat tempat aku. Malas nak ambil peduli.
Permulaan tahun baru yang aku perlukan untuk buat anjakan paradigma dalam hidup aku. Aku perlu berani! Kalau tidak beku kepala otak aku nie because I don't happy anymore with this surrounding.
No comments:
Post a Comment