lapan belas: hantu manusia

Update terbaru,
Deactivated facebook cuma bertahan selama 4hari sahaja since aku ketagih dengan berita dari perempuan yang suka melolong tuh. Aku tak tahan dengan cuma baca blog dia sahaja. Kiranya itu macam terapi aku untuk tenangkan jiwa aku.

Aku lost.

Dan aku juga rasa kelakar.

Dan bukan hendak berlagak. Sememangnya manusia hari ini lagi menakutkan dari hantu jembalang semua.

Aku tak mintak dibuka deria penglihatan untuk melihat makhluk ghaib ini tapi sekurang2nya aku lebih takutkan manusia yang hatinya semakin mati dan hitam yang penuh hasad dengki dan pasti tidak takut langsung dengan tuhan.

Apa ingat aku suka melanguk sendiri, makan dekat meja 2seats tapi satu seat aje berpenghuni, sendirian carik bahan masak tengah-tengah malam, tiap kali nak beli tiket wayang mesti ada dialog; 2tiket ye cik-tak-satu aje.

Ini semua buat aku rasa sunyi tahu? dan juga merasakan diri itu sungguh pathetic. dan kau boleh lagi gelak2 mempersoalkan pasal teman hidup.

Rasa macam nak baling besi buruk aje.

Itu bukan kerja aku. lambat atau cepat semua kerja dia.

EDITED: Orang macam aku nie tak kuat jadinya hanya mampu senyum-gelak-nangis-senyum-gelak-nangis lama2 boleh jadi gila. GILA TAPI TAK BODOH




No comments: