Jadinya hujung minggu ini kita bercuti sakan(lagi?)
Yup. Bulan nie memang banyak betul aku berjalan. Sampaikan tercungap-cungap nafas aku. Nasib baik my little kancil sangat taf orangnya.
Minggu pertama ke Kota Kinabalu dan Kundasang betul-betul dah curi hati aku. Dan planning aku semuanya berjaya kecuali hari terakhir hujan, jadi aktiviti ke pulau-pulau sedikit terganggu. Dan aku berjaya mengatasi rasa takut untuk snorkeling. Subhanallah, cantik betul ciptaan Tuhan. Dah boleh proceed untuk ambil diving license tahun depan.

Minggu kedua ke Melaka dan perangai paling hodoh pernah aku buat; tidur di mana sahaja. Depan kerusi dekat pub,kunyah singam tepi jalan dekat jonker walk dan time makan burger dekat Asam Pedas Claypot pun boleh tertidur!. Nasib kawan-kawan sporting walaupun kena gelak kauw-kauw. Asalnya pergi Melaka untuk hantar Mr. Rokstar berbuskin, dari berdua jadi ber-empat, last-last ber-tujuh terus ke sana. Seronok!

Oh sebelum ke Melaka, berGEGO sekejap dekat Bukit Timbalan. Tahun ini act semuanya superb! Ah demam dengar bunyi gendang dari khottal. Tahun lepas tercongok sorang-sorang depan stage, tahun ni?? Segerombolan manusia datang dari N9 dan KL. Indah!

Curik dari Terra
Satu yang aku belajar dari semua manusia yang aku jumpa, hidup aku ni taklah seteruk mana pun. Aku patut bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Tuhan bagi. Alhamdulliah. Cuma sekarang I'm too blunt with my own feelings and it scared me to death.

Minggu nie Kuantan yaw!
No comments:
Post a Comment