I've learned great lesson from someone. Katanya semua yang berlaku bukan kebetulan as it is been written by HIM.
Jadinya setiap satu kejadian telah diletakkan dengan cantik sekali oleh Tuhan walaupun kita tidak suka.
Kemalangan yang terjadi atas jalanraya akibat tak servis kereta, kelahiran bayi yang dikendung 9 bulan 10 hari oleh ibunya, kemenangan pihak haluan kiri over haluan kanan dan kemusnahan bandar konkrit oleh angin puting beliung, semuanya sudah dicatatkam detik dan masanya.
Cuma kita sebagai manusia suka mencari sebab musabab untuk menyedapkan hati.
Begitu juga dengan masa depan. Dengan siapa kita berkahwin, rumah bagaimana kita duduk, pekerjaan apa yang kita lakukan, berapa orang anak kita perolehi, bagaimana bos kita layan kita, semuanya sudah dirancang terlebih dahulu.
Dalam rukun iman pun sudah dinyatakan yang kita harus beriman dengan qada dan qadar.
Jadi jangan asyik salahkan takdir sahaja bila perkara buruk berlaku.
Seharusnya aku perlu banyak beristigfar banyak.
Ini cerita pasal diri aku.
No comments:
Post a Comment