Kepada manusia-manusia yang diberi Tuhan nikmat berkahwin dan nikmat melahirkan anak sepatutnya merasa syukur dengan pemberian Dia. Janganlah rasa diri sudah cukup sempurna dan tamak dengan apa yang ada.
Bukankah semua itu pinjaman Allah.Tiada yang kekal, semua akan berbalik semula ke asalnya bila sudah habis masa dia dekat dunia. Suami, isteri, anak, cucu, cicit, rumah, kereta semunya tak kekal kecuali Yang Esa.
Dan kenapa kita perlu berlagak menjadi Tuhan yang lebih tahu buruk baik sesuatu perkara itu dekat kita? Dia yang datangkan cinta dan Dia juga yang datangkan benci.
Hati kita ini hakmilik kekal Dia sahaja.
Dia yang tahu masa sesuai untuk setiap-setiap perkara bagi kita. Samada perlu atau tidak untuk kita berkahwin sekarang, perlu atau tidak kita punyai anak, sebesar mana rezeki kita, banyak mana hutang kita, cerah ke gelap masa depan, semuanya dah tertulis.
Sedangkan dalam rukun iman sendiri ada suruh kita beriman kepada qada dan qadar.
Jadi sekarang bagitahu aku apa perlunya kata-kata sinis 'anak dara tua' mahupun 'bujang terlajak' atau 'janda berhias' atau 'duda menggatal' atau 'pasangan mandul' untuk mereka-mereka yang nasibnya lain sedikit dari kita?
Mereka ada bahagia mereka tersendiri. Kita doa yang baik-baik sudahlah.
Betul cakap nabi kesayangan kita, lidah itu lagi tajam dari bilah pedang. Bergurau bergurau juga tapi jagalah percakapan, jagalah perasaan hati mereka.Mungkin perkara itu tak kena dekat diri sendiri, tapi ingat Tuhankan adil, anak-anak kita, sedara mara kita mungkin akan diuji sedemikian pula.
Aku ada terbaca satu artikel mengenai kita yang selalu marah-marah kalau nampak suami isteri menunggang motosikal sambil meriba anak depan dan belakang. Kadang-kadang kita maki-maki hamun tapi pernah tak kita sedar kesusahan yang mereka alami.
Mungkin memang mereka tidak mampu untuk beli kereta walaupun kancil secondhand. Lecturer aku dulu yang berbangsa asing sendiri cakap orang Malaysia yang mampu beli kereta hatta kancil pun adalah orang kaya sebab cukainya terlalu tinggi.
Jadi instead kita maki hamun mereka, apa kata doakan supaya mereka peroleh rezeki yang murah untuk memiliki kereta, sekurang-kurangnya kanak-kanak tadi tak tersepit dalam bakul lagi.
"Ya Allah aku pohon supaya mereka diberi kesenangan memiliki kereta, kasihan anak-anak kecil itu. Lindungilah mereka dari musibah"
Tapi disebaliknya pula, mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Mana tahu kalau mereka ada kereta, sang suami bawa perempuan lain, sang isteri berjoli sana sini, anak-anak jahaman kereta dan akhirnya rumahtangga yang aman jadi porak peranda.
Kita tak tahu bukan?
Jadi janganlah menjatuhkan maruah orang lain yang cuba untuk bahagia dengan apa yang ada.
Dan kita-kita nie jangan pulak bongkak dengan rezeki yang Allah kasi pinjam. Cukup masa nanti Dia ambil balik.
No comments:
Post a Comment