dua puluh tiga: putus cinta, jumpa manusia yang lagi hebat

I never regret anything that happened in my life.
There is one mistake that I wish I can revert back. But time is very cruel. Menangis air mata darah pun aku tetap takkan dapat patah balik.

Apart from that, takda apa yang aku mahu putarkan balik. Semuanya aku tadah dan jilat dengan sukarela. Aku yang pilih jalan nie jadi kenapa harus aku marah bukan?

Tapi biasalah, segagah manapun tulang belikat aku, adakalanya aku membebel sendirian, mengapa jadi begini begitu. Biasalah. Rengekan manja seorang anak bila kurang diberikan perhatian.

Disebabkan aku putus cinta, aku dapat kenal manusia yang selama ini aku tak pandang langsung. Kata-kata mereka entah macammana kasik jiwa aku bernafas. Mereka bukan Tuhan tapi manusia gila yang tak pernah malu untuk mengakui yang diri sendiri bermasalah. Dan untuk itu aku memang kagum.

Setiap sorang yang aku jumpa ada cerita masing2 dan tipulah kalau aku kata yang aku menerima segalanya. Kisah hidup peribadi mereka aku simpan rapat2 sebab hey kita2 ada sejarah yang paling hitam dalam hidup jadi kenapa harus dicanang sebab aku tahu susah untuk dapat manusia yang faham atau sekurang2nya tidak jelek dengan kita.

Tapi dalam hidup kita kena belajar menerima. Dan itu bukan suatu yang mudah macam yang kita cakapkan. Tak semua manusia yang aku jumpa aku terima bulat2 gaya mereka. Tapi aku tanamkan dalam fikiran; aku ini pun bukan mudah untuk manusia terima, jadi silalah berlapang dada.

Tuhan tarik cinta aku terhadap seorang lelaki, tapi Tuhan bukakan pintu rezeki aku, Tuhan bukakan dunia aku luas2 sebab Dia tahu apa yang aku perlukan.

***********

Dalam satu hal yang lain, bila dalam komuniti yang kecil, aku lebih suka memerhati dan berdiam diri sahaja sebelum mulut berkata-kata. Tapi jangan diprovoke sampai aku hilang rasa hormat dengan orang.

Walaupun aku tahu aku jenis kepoci, tapi tak bermakna yang 24-7 mulut aku harus berjalan. Diam itu bukan ke lebih baik dari melalut. Tapi ada yang tak senang. Entah apa jenis manusia pun aku tak tahu.

Mungkin faktor umur yang berbeza buatkan aku tak betah. Cuma aku rasa menyampah kadang2. Boleh tak kalau aku cuma nak bercakap bila perlu. Tak perlu poke me here and there.

No comments: