Perempuan, kuat mana pun kita berdiri tanpa ada seorang lelaki di sebelah orang akan pandang kita sebagai loser.
Sebab kekuatan perempuan itu dihitung dengan berapa hebat dia di dapur, berapa ramai zuriat yang boleh dia lahirkan dan berapa kental dia boleh bertahan dengan sepak terajang seorang suami.
Menjadi perempuan yang cuba membawa haluan sendiri tanpa bantuan sesiapa, orang takkan pandang. Manusia takkan cuba mengambil tahu setiap perinci hidup seorang perempuan itu, yang mereka tahu, kau seorang loser.
Loser. tahu?
Tapi kau tahu tak yang seorang perempuan itu sebenarnya penat. Teramat penat. Tapi siapa yang mahu ambil kisah?Mulut sahaja yang lancang.
Bukan mudah untuk seorang perempuan itu terima takdir Tuhan yang telah ditetapkan jadi janganlah dihancurkan hatinya lagi.
No comments:
Post a Comment