enam puluh sembilan: mengidam kalah ibu mengandung

Dah lama aku tak ambil gambar.
Asyik upload gambar lama sahaja. Maknanya dah lama aku tak betul-betul see the world.

Segan sebenarnya bila keluar bawak kamera ambil gambar tak tentu hala. Aku memang segan sangat lelagi bila orang tegur. I just don't have the confident yet.

Blog nie pun dah lama tak berupdate gambarnya.

Pemalas.

Lelagi bila dah ada telefon berkamera. Lagi malas aku nak sentuh kamera aku. Nak jual sayang since itu kamera pertama yang aku beli guna duit gaji aku sendiri. Ada sentimental value di situ.

Dah tuh nafsu nak upgrade kamera meluap-luap padahal skill nak ambil gambar hancus.

Tapi teringin nak ada polaroid sebijik. Dulu ada, mama belikan sebab aku obses dengan Spice Girls. So bila dorang keluarkan polaroid jenama dorang, mama belikan. Kaler pink and purple. Tapi sayang, anak-anak makcik dah rosakkan masa aku simpan barang dekat kampung.

Polaroid.
Should I or shouldn't I?

Dan kalau beli I want to start my mini project.
Ambil gambar orang yang tak dikenali. And their names too.

1 comment:

Anonymous said...

yeah, patut.

Waiting...