27 Ogos 2011.
Kemalangan pertama hasil kecuian diri sendiri.
Dan diri sendiri sangat bodoh bila kereta yang sepatutnya boleh dibaiki dengan jumlah yang minimun menjadi ribuan ringgit.
Hati pasrah.
Sayu.
Dan membuat keputusan tidak mahu balik beraya.
Tips supaya tidak menjadi bodoh seperti aku
1. Cuba bertenang dan buat muka semanis mungkin. Aku bernasib baik sebab takda scene maki-maki tepi jalan. Since salah aku maka aku redha dan cerita di balai.
2. Ambil gambar dan kenalpasti kerosakkan. Dalam kes aku, aku dah nampak radiator pecah tapi merasakan diri hebat nak jugak drive pergi balai polis.
3. Kalau dah set awal-awal nak claim insurance panggil aje tow-trak. Lagi sekali jangan jadi bodoh macam aku. Gigih nak settle sorang-sorang last-last enjin overhaul. Kan radiator dah pecah, mana boleh jalan lagi. *hantuk kepala sendiri atas jalan*
4. Carilah siapa-siapa yang available masa tuh. Minta tolong teman, untuk kuatkan semangat and jadi second thinker walaupun anda tahu sudah boleh terjun gaung lepas tuh. Dek kerana sekarang sudah mula cuti raya, maka tak ramai kawan aku yang available tapi nasib ada 2 orang officemate yamg tolong selamatkan keadaan dengan menemani aku tunggu tepi jalan sambil tunggu tow-trak datang.
5. Berlembut hati nanti dapat kurang saman walaupun sekarang tengah ops sikap.
6. Simpan no bengkel dalam handphone dengan dalam kereta. Senang untuk emergency.
7. Simpan salinan geran dengan insurance kereta dalam kereta siap-siap. Prosedur jadi cepat.
8. SILALAH PAKAI TALI PINGGANG KERETA. SEKURANGNYA DIA SELAMATKAN AKU DARI TERHENTAK KE DEPAN.
9. Jangan ego dan sombong untuk bertanya. Nanti jadi bodoh macam aku. Ini bukan masa nak berlagak pandai. Tanya tanya tanya tanya sampai jadi pandai. Kena marah bebel itu biasa tapi jangan kena tipu. Check dengan orang yang berpengalamam. In my case aku rujuk parent aku. Maybe dah nak terkena tipu kot tapi papa mungkin boleh tolong settle. And oh mr.roksta since aku noob pasal kereta. Teruk kena bebel. Tambah uncle bengkel dengan uncle mana-mana ntah tolong bebelkan sekali untuk aku. Tahan telinga aje. Dah tahu salah diri sendiri.
10. Jangan menangis. Jangan tunjukkan yang anda sangat-sangat pathetic. Macam biasa buat lawak bodoh untuk ceriakan suasana. Balik rumah baru nangis puas-puas. Seriously, kalau nangis kat atas jalan pun tak guna sebab dah terjadi pun. So the best way is to smile and act like a super lady walaupun kaki tangan dah mengigil dengan pucat lesi. Sebab tuh kena ikut langkah no.4 to calm you down.
11. Berterima kasih dekat Tuhan sebab tak ada kecederaan parah dekat tubuh badan cuma kecederaan pada walet sahaja. Bersyukur dan redha. Ada sebab Dia bagi musibah. Dia tahu you can handle the situation walaupun struggle nak survive. Allah knows better.
12. Lastly, belajarlah pasal kereta. Ambil tahu masa repair kereta. Jangan malas. Dalam kes aku, aku tahu radiator pecah sampai tumpah coolant semua tapi aku tak tahu yang kereta sepatutnya tak boleh drive langsung sebab temperature akan naik, kereta jadi panas dan enjin boleh meletup. Sebab itu cara mudah panggil tow-trak. Anda boleh claim insurance. Apa guna bayar tiap-tiap tahun wei?
Sekian tips dari aku yang banyak belajar dari kebodohan aku harini. Nasib duit bonus tak buat joli lagi kalau tak mana nak cekau duit nie. Oh enjin tak leh claim insurance kalau kesalahan itu berpunca dari diri sendiri. Saya bodoh!
No comments:
Post a Comment