Apak dan Dahleia

Bila laki kasi gambar anak main watercolor dengan dia harini, I broke into tears. Gosh they started to bonding in a way I can't imagine.

Emosi anak semasa bayi tercalar dek perbuatan orang sekeliling dan kerana kami kurang ilmu masa tuh. Otak reptilian dia terganggu yang menyebabkan dia sukar mendekati dan didekati orang luar termasuk apaknya. Hanya mahu bonda sahaja. Even intermediate family pun memang dia tak rapat. Apaknya memang tak boleh pegang dia, mandikan dia, cuci berak kencing dia. Dan ianya membuatkan aku sedikit meroyan sebab terlalu penat nak layan semuanya sorang2. Apaknya berhenti kerja kerana nak bonding dengan anak sebab anak bila stress dia akan tarik rambut sampai botak.

Walaupun apaknya jaga dia diwaktu siang, she still refuse to bath and let him clean her poop. Nasiblah tempat bondanya boleh bawak anak, so by noon dorang dah datang kedai so bondanya lah yang bersihkan anak. Datang kedai dengan kusut masam hancing. Sedih tengok keadaan anak. Apaknya dah cuba macam2 cara memujuk tapi anak memang berguling2 tak mahu. Takkan nak dera kan. Sebabkan ini juga aku berat hati nak tukar kerja, sebab fikirkan masalah anak.

Until one day, when I already decided to change job, pursuit in early child education jadi masa kerja takde lah relaks macam sekarang so both of us decided we need to help our daughter to overcome her fear or whatsoever. Memang drastik sangat. Tapi slowly she can adapt. Caranya mungkin kasar, bila mana apak dia bawa ke bilik air, dia menangis tak mahu, kemudian apak keluar start enjin motor, dia panik risau kena tinggal, terus kata nak mandi. Yang jadi dramatiknya apaknya cuma start enjin motor, takde jalan pun cuma kebetulan jiran juga start enjin motor dan keluar. Menangislah dia ingatkan kena tinggal. And now dia sudah boleh dimandikan apaknya. Dan sekarang both of them start to bond in a way I never see it before. Gaduh2 manja ada jugalah. Bila lihat anak tiba2 peluk apaknya dari belakang, gelak2, baring celah ketiak sambil main game, I know she is happy. Walaupun kadang jealous sebab amek tempat bonda harharhar

Lepas nie memang aku berhati2 tengok cara orang bergaul dengan anak. Slowly I need to educate them. Bergurau bergurau juga tapi kita tak sedar gurauan kita kadang boleh menrencat perkembangan anak bila sudah melampaui batas. Tak semua anak adalah sama. Lesson learn untuk aku.