empat belas: bitter honey syrup

I've fallen more and more deeper into the rabbit hole. But the journey is not adventurous like Alice. Not even slightly.

It is nothing important actually.

Dunia lagi penting sebenarnya.

Dengan tsunami terjah Queensland menunjukkan betapa bumi sudah terlalu tua, dengan ramai kanak-kanak ditarik nyawanya oleh kita sendiri menunjukkan yang manusia sudah mahu jadi Tuhan, dengan berbaris sang arjuna mahu dikerat anunya menunjukkan betapa indahnya ciptaan Tuhan dari rusuk kiri itu dan tidak kurang juga ada Laila yang mahu dibengkung teteknya supaya jadi hebat seperti Mulan.

Jadi dunia itu lagi penting dari aku.

Tak susah sebenarnya untuk jadi aku. Simple as a to z, 1 to 10. Tapi entah dari mana aku suka complicatedkan semua perkara. Terlalu fikirkan yang tak sepatutnya, terlalu mahukan yang tidak boleh dicapai dan terlalu kontradiksi dari yang normal.

Akibatnya, secara tidak sedar I'm creating a barrier around me. Makin lama makin tinggi makin tebal sampaikan sinar gamma nak penetrate pun payah.

I'm struggling with relationship. Dengan sesiapa sahaja. Dengan keluarga, kawan-kawan dan juga diri sendiri. When people always leave in your life, your brain with start to create this idea of you don't deserve any of them.

Lama-lama kau akan jadi tidak biasa berhadapan dengan manusia. Kau lebih rela bergerak sendiri sebab kau tahu eventually they will leave you no matter what. Sebabkan itu kau jadi takut dan mula ghaibkan diri dari pandangan mata sesiapa pun.

You don't want to feel important to anybody because of this idea. Lama-lama kau mati dalam dunia ciptaan sendiri.

Aku tak kuat dan ada masanya aku rebah atas tanah. Tak mahu bangkit sebab terlalu lemah jadinya aku depakan dada, nah lanyaklah aku sebanyak mungkin, jamah setiap inci kulit aku yang dah legam nie. Sungguh aku dah penat untuk lagak gagah. I just want to live.

Itu aku. Tapi aku syukur yang aku masih punya Tuhan untuk aku sujudkan setiap hari walau ada tikanya lobang sana sini, tapi tetap aku berterima kasih dengan Dia masih sisipkan iman senipis bawang ini dalam diri aku.

No comments: