satu: sneak preview

TANPA KOMPAS lahir tanpa sebab sepertimana aku juga menulis tanpa sebab.
Kononnya ini adalah untuk permulaan baru ditahun baru dibulan baru tapi ini semua hanyalah satu penipuan semata-mata untuk berlagak gagah atas setiap kelemahan yang terpancar di wajah legam.

Bait-bait perkataan yang diolah adalah semata-mata untuk menyedapkan hati yang berlagak kental ini.

Ini bukan permulaan kerana tidak diketahui asal-usul perjalanan dan ini juga bukan pengakhiran kerana masih lagi dikurniakan Tuhan untuk bernafas mengikut rentak dunia.

Yang pasti ini adalah sejarah seorang manusia yang lebih gemar menghabiskan masanya di rumah membaca buku dan bermain dengan dua ekor kucing peliharaan sambil menghirup milo panas pada jam tiga tiga puluh pagi.

Aku Aphrodite gila.

No comments: