Kelakar kan orang Malaysia nie?
Dulu-dulu tahun 1996 masa Siti Nurhaliza menang AJL dengan Jerat Percintaan ramai yang pertikaikan sebab dia tak famous masa tuh. Rambut set ada tiong-tiong dekat dahi, lepas tuh compete dengan Ziana Zain yang memang tengah hot waktu tuh. Tapi dah rezeki dia kot. She won and that criticism made her famous and look where she stand right now.
Lepas tuh masa Estranged menang tahun 2007 dengan lagu Itu Kamu pun orang bising jugak. Sebab band yang bukan bernaung bawah label besar atau bahasa orang muda sekarang, band indie, tiba-tiba boleh menang? What the heck? Tapi sebab depa menang tiba-tiba orang dekat Malaysia nie dilanda demam indie. Gua suka band indie sekarang, lu ni tak indie lah macam nie, indie sana sini sampai aku pun konfius bila tiba-tiba ada kategori rap-indie?
Lepas tuh tahun 2009, masa Aizat menang untuk lagu Pergi. Gila sedih kot lagu tuh. Tapi orang tetap pertikaikan kemenangan lagu yang dorang cakap so simple dan tak ada apa-apa yang menarik pun dipersembahkan oleh Aizat malam tuh, setakat orang main Erhu, dekat Jonker Walk tuh berlambak kot. Lepas tuh naib juara nya Yuna, lagi lah orang tak faham.
Tahun nie, 2011, Ana Rafalli pula menang. Peh siap ada yang baling2 botol gamaknya. Aku tak tengok live since rumah aku cuma dapat siaran tivi Singapura dan malam tuh aku habiskan masa tengok cerita Korea. Kesian dekat Ana sebab kena kutuk kauw2 dengan orang Malaysia yang sungguh extreme. Siap ada buat hate-page dekat FB lagi. What a fool.
Tak kisah lah siapa pun yang dinobatkan sebagai juara memang ada je yang akan mengata. Even M.Nasir dengan Jamal Abdillah menang pun orang dok pertikaikan. Sebab manusia akan carik sebab untuk berbalah. Kan masing2 ada citarasa tersendiri jadi memang susah nak puaskan hati semua pihak kan?
Tapikan yang orang dok kutuk sana sini, apa lah yang korang dapat? Depa dapat duit ribu2 tahu? Korang? Sampah? Apa kata korang pulak cuba buat lagu sebijik kasik masuk dulu AJL. Ingat senang? Ok. Tak payah masuk AJL korang letak dekat YouTube tengok apa cerita? Tak pun kalau berani pergilah perform dekat Maskara ke Frinjan ke?
At least these people have something to be proud of even though you called it crap rather than you who talk (s)craps.
Tiba2 teringat insiden Kanye West rampas mic dari Taylor Swift. Secara tak sedar dia dah buat Taylor famous giler2. Maybe this incident will make Ana Rafalli famous? Who knows kan?
EDITED: Takda cerita pasal Illuminati ke tahun nie?
No comments:
Post a Comment