dua puluh lima: banjingan untuk manusia bodoh

Aku tak biasa tunjuk lemah depan orang ramai.

Sebab itu acapkali bila aku jatuh, bila aku ranap, aku tak reti nak sampaikan pada orang. Aku pendam. Sebab kita2 nie ada satu perangai yang tak suka tengok orang lemah.

Ngada-ngada.

Itu mentaliti kita.

Jadinya bila kita mula berterus-terang orang akan cakap 'ahhh ngada2 lah kau nie. macamlah orang lain tak pernah rasa'

Sudahnya, aku simpan rapat2 dalam hati. Kalau adapun yang bertanya aku lebih suka senyum dan diamkan sahaja.

Sebab manusia sebenarnya mencari satu alasan; alasan untuk mengutuk, mencaci, mentertawa ataupun untuk rasakan yang ada orang lebih malang dari diri sendiri.

Susah bukan nak cari manusia yang sudi tadahkan telinga, tanpa mempertikaikan kita, cuma dengar dan paling kurang menangis bersama.

Susah.

Sebab itu kalau aku jumpa manusia begini, aku pegang sampai mati.

Cuma masalah yang aku ada, aku masih tak reti nak jadi hero untuk diri sendiri. Aku lebih suka jadi hero untuk orang lain. Jadi punching bag untuk orang lain. Sebab masalah orang lain lebih berharga dari aku.

Akhirnya aku kembali ke ruang kosong yang gelap, dakap tubuh sendiri, dalam diam aku pujuk diri sendiri untuk bangun dan tampil lebih kuat untuk orang lain.

Sebab tak ada sesiapa pun dalam dunia nie  yang boleh tolong kita kecuali Allah, dan kita cuma perlukan manusia lain untuk ucap selamat supaya kita tidak nampak pathetic.

No comments: