tiga puluh satu: terapi yang tak perlu habiskan duit untuk beli minyak aromaterapi yang mahal

Manusia ini unik. Setiap satunya Allah ciptakan sehabis molek, semuanya indah belaka. Tapi sudah lumrah yang hati manusia itu selalu gundah gelana dek penangan iblis, kadang2 tenggelam, kadang2 hancur, kadang2 gembira kadang2 senang (eh macam2 lagi lah kadang2 tuh), jadinya ada masa bila kita rasa kita sudah jatuh, kita susah nak bangun balik.

Ini yang aku buat bila aku jatuh sebelum tepuk dada sendiri cakap, ini baru sikit, bila kena campak dalam jahanam nanti lagi sakit tahu!

1) Menangis
Itu yang paling mampu aku buat waktu aku lemah. Dalam kereta, atas tilam, depan tivi, dekat toilet opis, dalam surau, tepi laut. Mana-mana yang aku rasa aku nak keluarkan airmata, aku melalak sorang2. Tapi selalunya aku cover dari semua orang.

Kita nie kan pantang tengok orang lemah, mesti nak kutuk takpun jadi hero instant. So dari menangis depan orang ramai baik aku menangis sorang. Sampai puas, sampai lencun selimut dengan hingus meleleh2, sampai bengkak2 bijik mata, sampai habis kudrat. Nanti dah penat kau ketawa sendiri.

Masa menangis tuh, aku cakap apa sahaja yang terbuku, kadang2 siap berlakon macam dalam teater, ada pelbagai watak, tapi pelakonnya satu; aku.

2) Layan bunyi
Tak kira lah bunyi apa. Bunyi orang ketuk kuali, bunyi hujan jatuh atas atap, bunyi budak meraung mintak belikan jajan atau paling mudah bunyi yang dilagukan, muzik. Carik apa-apa sahaja bunyi yang boleh menenangkan atau menceritakan bunyi hati sendiri.

Kadang-kadang kita lebih suka bunyi halus dan gemersik, tapi ada orang suka bunyi keras. Terpulang.

Aku?
Setiap kali aku rasa sunyi, aku dengar bunyi dari 2 manusia ini; Fynn Jamal dan Raihan.
Ada juga bunyi lain yang aku dengar tapi 2 manusia itu harus diberi laluan.

Kontrakan 2-2 manusia nie.
Beginilah, cari bunyi yang kau rasakan paling jujur pernah kau dengar, dan tiap kali rasa sunyi itu menyinggah, mainkan bunyi itu. Walaupun ianya bunyi angin bertiup. Dan selalunya hati kita akan tenang bila dengar/rasa sesuatu yang jujur.

3) Baca, baca, baca
Kalau aku depresi, aku ketagih dengan buku. Macam2 jenis buku aku boleh baca. Dari sejarah, hiburan, kesihatan, you name it, semua aku beli.

Tapi sebabkan kekangan duit, aku banyak habiskan masa baca dari internet. I'm internet freak. Berjam-jam aku boleh duduk, tenung monitor sambil baca apa sahaja sebab aku tak fokus dekat satu tajuk.

Sebab itu ada yang pelik, kejap2 aku boleh baca pasal apa beza antara syiah dan sunni, kejap2 aku tanya orang apa itu chevron road sign, kejap2 aku boleh ter-wiki pasal illuminati, jadi apa sahaja yang otak aku terfikirkan aku carik.

Satu cerita yang tak pernah bosan untuk aku baca, Sirah Nabi. Aku boleh menangis berjuta kali baca pasal kekasih2 Allah. Sedangkan hidup mereka semua diuji lebih teruk dari kita, kita2 nie kira beruntung sangat.

4) Tidur
Bila aku kuat tidur, aku tengah takda semangat. Jadi tidur sedikit sebanyak boleh tenangkan aku.

Cuma masalah untuk aku ialah, tidur aku tak pernah puas.
Aku manusia yang paling senang lenanya untuk tidur, macam Nobita, lelap lepas 2 saat. Tapi semudah itu aku lena semudah itu aku terjaga. Dari dulu sampai sekarang setiap 4jam tidur mesti terjaga. Kalau tidur jam 10malam jam 2pagi MESTI terjaga, tidur jam 12tengahmalam jam 4pagi MESTI terjaga. Bila aku kata mesti maknanya wajib, tiap2 hari 24-7.

Sebab itu aku paling tidak suka tidur aku dikacau sebab aku susah nak dapatkan tidur yang benar2 tidur dan tiap pagi mesti aku moody.

Empat perkara itu yang aku ulang2 tiap kali aku rasa gundah, rasa sedih, rasa sunyi, rasa bodoh.
(Tak payah bagitau aku pasal solat, baca ayat Al-Quran sebab as a muslim itu makanan jiwa kau dan aku)

No comments: