empat puluh dua; demam kepialu dan meroyan mahukan kembar paolo nutini

Aku cukup tahu yang Tuhan tak akan bagi apa yang aku mahukan. Selalunya Dia akan biarkan aku meroyan sendiri ataupun bagi dalam bentuk lain.

Macam aku kepinginkan cinta, Dia datangkan cinta aku pada keluarga yang selalu aku buang jauh-jauh tapi mereka jugalah yang sudi kutip aku masa kotor.

Macam aku kepinginkan duit yang banyak tapi Dia lindungkan aku dari hutang yang banyak, sebaliknya aku mampu tolong mama selesaikan hutang dia, sekurangnya aku pun tidak berhutang banyak.

Kelakarkan, how we really want one particular thing but He seem to know what is the best for us?

Macam sekarang aku tahu meroyang sampai hujung dunia pun aku tahu Dia tak akan kurniakan kembar paolo nutini itu untuk aku. Cukuplah untuk aku tatap wajahnya yang comel itu, suaranya yang garau itu dan perangainya yang merapu itu untuk dua hari. Cukup untuk Dia berikan aku cinta, walaupun cinta dalam diam-diam.

Kerana aku cukup tahu Dia tak akan kurniakan kembar paolo nutini itu untuk aku.

Bak kata dia

'Setiap dari kita nie ade pasangannya cuma mungkin dorang dah mati sebelum sempat jumpa kita jadinya takdelah pasangan kita lagi, jumpa dekat syurga aje nanti'

Funny.

And crazy man at the same time.

Oh did I mention he's 32?

Cukup ideal sebab memang kehendak aku mahukan lelaki 5 tahun lebih tua dari aku.

Tuhan,
Aku mahu dia. Sungguh.
Boleh Kau jodohkan kami?



No comments: