lima puluh empat: lelaki adalah subjek yang paling aku lemah

Sedari dari kecil hidup aku memang dikeliling serikandi semuanya.
Jadi agak kekok untuk memahami sifatnya, paelnya dan segala macam perihal manusia dari Mars ini.

“To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all.” Via Weed



Waktu aku tetapkan hati untuk redah semuanya, aku tahu banyak perkara yang aku kena korbankan untuk manusia kromosom xy. Ini bukan mahu ikut kata hati mati, ini percaya dengan keadilan Tuhan untuk setiap yang mendatang. Dah aku minta, DIA pun kasi, cuma agak terkejut sebab DIA kasi bulat-bulat apa yang aku mahukan.

DIA kan adil, setiap yang dirancang mesti ada sebab musabab yang membawa kita kepada masa sekarang. Dan tak salahkan kalau kita cuba bahagia dengan apa yang ada.

Image Hosted by PicturePush

No comments: