enam puluh enam: cooking is really not a mind theraphy

Memasak is not my speciality even I adore food. I'm more to baking actually.

Tapi semenjak mixer aku meletup Ramadhan tahun lepas, sampai la nie aku tak beli mixer baru walaupun dah pasang niat nak buat kek tahun nie. Last-last aku buat kek batik aje and I do believe my kek batik is the best in the world haha

Setelah sudah 2 hari aku miss makan nasi, semalam aku decided to cook. At last, selepas beberapa bulan dapur tak berasap, harini dia bekerja keras.

Image Hosted by PicturePush

Sambal udang, sayur campur dan telur dadar.

Like I said, memasak bukan kepakaran aku. Tapi kalau kau kahwin dengan aku, Insyaallah takkan mati kebulur. Cuma pael aku ialah aku tak berapa reti nak bajet gula dan garam.

Sebab tuh air aku mostly tawar (aku tak suka air manis sangat, nak muntah aje rasanya), masakan aku kalau takde sapa rasa alamat tak cukup rasalah (tapi ok what, kurang diabetes dan darah tinggi).

Jadi bila kemaruk dah datang, aku gian memasak. Selalunya proses ini akan berterusan sampai beras yang aku beli habis, lepas tuh tunggu 3 bulan kemudian tuk aku start balik.

Membazir sebenarnya memasak untuk seorang. Even masak untuk berdua pun kosnya lagi mahal dari makan di luar. Tapi asyik jamah makanan luar lama-lama perut pun jadi sebu so kita cuba pula makan makanan dari rumah.

Nothing beat home cooking lelagi air tangan ibu.

Biarpun cuma telur dadar dengan kicap masin, ianya tetap makanan terbaik dunia.

Atau sebenarnya makanan memang memberi kita kenyang tapi dengan siapa kita makan itulah yang bakal mengenyangkan isi perut/hati/nurani kita sebenarnya.

Kau makanlah tomyam paling pedas dalam dunia, tapi kalau makan seorang tetap ada rasa kelatnya.

*facepalm*

Dan bagi aku lelaki yang pandai memasak, dia sangat seksi.
*drooling*

No comments: