tujuh puluh dua; saya serius nie, jom kahwin

posting nie bersambung dari posting sebelumnya

Kenapa bila orang yang tak berkahwin lagi cakap pasal kahwin mesti orang ingat kita sangap lah gersang lah horny lah. Apa kahwin tuh is all about sex ke?

Stupid asshole betul.

Sama macam penulis blog nie aku takut komitmen dan agak kurang percaya dengan institusi perkahwinan sebenarnya. Aku prejudis. Aku juga tak faham macammana seorang manusia boleh bertahan untuk hidup bersama berpuluh-puluh tahun.

Hari-hari nak mengadap muka sama, tak boleh buat sesuka hati, kena fikir apa perasaan pasangan dan semestinya kena banyak berkorban.

One of my friend said, "kahwin nie sebenarnya perlukan keberanian, sebab tanggungjawab dia besar. Setiap satu ada peranan masing-masing. Isteri kena tahu peranan dia, suami pun sama. Kau kena banyak tolak-ansur. Banyak perkara kau kena korbankan jugak. Nak hidup berdua bertiga berempat nie bukan senang. Habis wang ringgit, tenaga kau semua. Seks tuh cuma 10% aje. Mula-mula memang lah seronok tapi lama-lama kalau kau tak reti nak spice up your marriage, dia jadi hambar. Sebab tuh ada suami pasang lain, isteri main laki lain. Dan sabar. Itu penting sangat. Kalau tak turun naik mahkamah lah jawabnya. Kau tuh jangan terlalu komplain sangat hidup single. Belum rezeki kau lagi, jaga kucing pun aku tengok dah banyak komplain, macammana nak jaga suami nie?"

*BIG GULP*

Ye ye aku tahu aku banyak komplain pasal kucing aku tuh. Habis tuh nak cerita pasal anak, aku belum ada anak lagi kot. Ok. Kucing tuh dah masuk topik lain.

Aku decide nak kahwin tahun depan sebab aku tak mahu buang masa ke hulu hilir tanpa ada ikatan sah. Buang masa, buang tenaga. Sekurang-kurangnya kalau dah nikah, aku tahu apa yang aku buat nanti untuk suami aku, yang dah halal untuk aku. Dan mintak-mintak tahun depan, kewangan mama dah ok.

Contohnya macam sekarang, solat aku sekarang terabur, tak kusyuk langsung. Aku tahu aku perlu tahu maksud setiap kalimah yang dibacakan dalam solat untuk solat dengan penuh tawaduk. Tapi kalau dah otak asyik fikir pasal dunia aje berterabur jugak. Dan sebenarnya aku teringin nak solat berimamkan suami aku sendiri. Tak semua orang dapat nikmat tuh.

Dan

...AKU NAK GUNAKAN PRIVILEGE DOA-DOA DARI ANAK-ANAK (yang soleh dan solehah) AKU UNTUK MEMBANTU AKU DALAM KUBUR...

Pointless sebenarnya kalau bercinta tapi tak dapat apa-apa. I'm 27 bukannya 17 nak bercinta-cinta monyet nie kan.

Aku tahu mesti ramai yang mengata kalau aku buat majlis kahwin macam tuh tapi spesis masyarakat kita nie akan mengata dalam apa jua keadaan. Gah majlis tuh, orang mengata jugak, simple majlis tuh pun orang mengata jugak. Jadi aku ketepikan semua tuh dan buat mana yang molek dan mendapat restu dari keluarga. Itu dah cukup.

Haishh kenapa dengan aku lately nie? Semuanya mahu serius aje.

Aku harap secara fizikal dan rohani dan duit dah ready tahun depan.
Eh jap aku lupa, pengantin lelaki jugak kena ready kalau tak aku nak kahwin dengan siapa?

No comments: