tujuh puluh empat: pidato negara

Zaman la nie, ramai betul yang nak jadi pejuang Islam. Macam-macam ideologi, fatwa, hikayat dan riwayat yang keluar. Semua dok berebut-rebut nak keluarkan hadis sendiri.

Sampaikan aku sendiri keliru mana satu yang sahih mana satu yang dongeng.

Hai manusia.

Nak jadi hero lah katakan.

Setakat copy-paste dari bantuan pakcik Google tak payah lah nak hebat sangat.

Tapi molek lah tuh juga sekurang-kurangnya ada sikit ilmu di dada tuh kan. Dari tak tahu jadi tahu, dari malas jadi rajin. Lagipun kebanyakan kita ini Islam turun-temurun. Tapi kena ingat iman tuh takkan turun-temurun Tuhan kasik. Kita kena cari sendiri.

Ayat pertama yang Allah turunkan pada Rasul kita 'IQRA'

Dari situ kita tahu, kita kena baca, baca, baca. Membaca kan jambatan ilmu.

Tapi sayang kebanyakan hero-hero kita nie, sebelum berjuang dah ramai yang kantoi.

Bila tanya,
'Hang jaga tak solat hang?'
'Jaga, tapi kadang-kadang subuh selalu kantoi, tak selalu pun bila hujung minggu aje'

'Hang puasa sunat Isnin dengan Khamis tak?'
'Aku bukan tak mau puasa tapi selalu lupa bangun sahur lah. Lagipun aku gastrik kalau tak makan'

'Hang selalu tak buat jemaah kat masjid/surau dekat umah hang'
'Bukan tak mau pergi tapi aku selalu kena OT malam, payah sikit'

'Hang jadi imam solat tak kat umah? Takpun hang yang jadi tukang qamat?'
'Gua solat sorang-sorang kat umah nak jadi imam sapa? hantu?'


See? Belum apa-apa dah kantoi.

Kita sembang memang best, pung pang sana sini sampai tersembur air liuq tapi perkara-perkara yang simple macamnie kalau tak kukuh, robohlah pasaknya.

Rasul kesayangan kita dulu dakwahnya mula dari rumah dulu baru terang-terangan.

Jadinya sebelum hang sibuk-sibuk nak pergi berperang, hang asah dulu pedang hang baru tak terburai isi perut nanati masa menghadap musuh. Cakap berabuk pun takda faedahnya, bukan orang hormat orang menyampah lagi adalah.

No comments: