I'm happy.
Walaupun cuma sandwich telur, aku rasa puas. Sebab sandwich tuh aku nak kekahkan dekat budak2 ofis esok. Sebenarnya niat dari minggu lepas tapi dek kemalasan dan kepenatan asyik balik lewat malam semua tuh tertangguh.
Ini pun aku cuba lawan setan-setan yang menguasai diri.
Selain kek batik, aku percaya sandwich telur aku sedap haha
Aku suka masak. Lepas tuh aku suka kalau orang tolong makankan masakan aku. Sebab aku memang jarang nak makan apa yang aku masak. Aku cuma nak lepaskan gian aku suka masak.
Tapi skill aku idak ler sampai tahap boleh lepas peringkat saringan MasterChef. Aku rasa time ujibakat pun dah disqualified.
Aku juga percaya yang masakan aku sedap haha ini semua berdasarkan maklumat budak-budak ofis sebab dorang food-taster aku. Bagi aje apa-apa makanan dekat dorang, memang lesap dalam masa 30 saat.
Sebab membazir masak untuk seorang, jadi aku akan lebihkan sukatan untuk kasik dorang makan. Selalunya licin. Aku ada intai-intai jugak kot-kot dorang cover sebenarnya tapi alhamdullilah aku tengok semuanya dorang telan cuma tulang aje yang ke tong sampah.
Tapi aku ada satu pael. Kalau aku masak semata-mata nak dapatkan pujian alamatnya macam-macam rasalah yang kurang. Banyak kalilah macam tuh. So bila budak-budak ofis suruh aku masak memang liat lah aku nak buat. Takut tak menjadi.
Sekarang nie kena asah balik skill tapi itulah aku malas sangat-sangat.
*sepak diri sendiri*
No comments:
Post a Comment