tujuh puluh tujuh: GABAN



This is Gaban, kucing liar yang membuat onar dekat rumah aku. Dan sekarang unofficially, Gaban is a part of my family. Macam besar aje family aku, padahal cuma ada aku dengan 2 ekor kucing aje.

Sebelum-sebelum nie, aku memang ada nampak Gaban dekat bawah flat tapi Gaban tak suka orang usik dia. Aku datang dekat, dia cabut lari.

Al-kisahnya, pada suatu malam (peh ayat haha), aku lupa tutup pintu masa tidur, nasib ada grill, kalau tak dengan selamba perompak masuk rumah, tapi takdelah terkangkang pintu rumah tuh, cuma renggang sikit sebab aku buka pintu kasik kucing-kucing aku main dekat luar sekali terus lupa tutup pintu. Masa dekat rumah lama lagi parah dengan grill dengan pintu aku tak kunci terkangkang macam tuh, pagi-pagi housemate jerit pintu tak berkunci T_T

Lupakan kisah pintu.

Bebalik cerita asal, aku terjaga pagi-pagi buta sebab dengar kucing mengiow kuat sangat, nak kata Aisyah or Suri mengamuk, tuh bukan suara dorang, jadi bila aku bukak pintu rupanya Gaban ada dekat ruang tamu mengamuk sebab makanan dalam bekas dah habis. Over pulak. Macam tuh rumah dia sendiri.

Aisyah dengan Suri menikus bawah kerusi.

Aku pun letak sikit makanan dekat luar rumah kasik Gaban makan. Sejak dari hari tuh, tiap-tiap pagi dengan petang Gaban akan terpacul mukanya depan pintu rumah aku minta makanan. Kadang-kadang Gaban nie over jugak. Pukul 5 pagi mengiow mintak makanan, dapat pulak aku yang cepat kesian, sanggup bangun semata nak kasik dia makan.

I have a soft spot for animals, kucing apatah lagi.

Gaban nie aku declare dia sebagai abang kawasan flat aku.

Sebab?



Dia gemuk, badan sangat sasa dengan penuh calar balar. Cuma satu aje yang fail. Suara dia. Macam mak nyah. Mula-mula aku ingatkan dia betina sekali jantan. Suara Suri yang kemetot tuh pun lagi garang dari Gaban.

Tapi disebabkan Gaban jugak Aisyah bunting sekali lagi. Semua sebab aku lambat nak castratekan Aisyah. Setiap kali aku nak pegi vet, ada aje masalah. Yang terakhir aku eksiden masa on the way pergi hantar Aisyah. Kesimpulan dari mr. roksta, aku memang ditakdirkan tak boleh castrate Aisyah huhu

Oleh kerana aku tak sampai hati tengok Aisyah melompat sana sini, mengesot bagai nak rak dan tak tahan telinga malam-malam dia mengamuk, aku relakan Gaban menodai Aisyah.

Nasib Gaban warna hitam, kalau oren gak memang aku tak rela. Rumah oren, kereta oren, sport-rim oren, kucing kat kampung pun oren, nak muntah aku tengok kaler oren.

Aku harap lepas nie anak-anak Aisyah takde lah semuanya oren, dengan tak buas macam Suri. Habis kaki tangan aku dia cakar time tido, asyik nak gigit aje padahal makan kuat, minum susu kuat dengan tido pun kuat. Macam tuan dia jugak.

Kadang-kadang aku cuba jadi hati kering tak bagi Gaban makan sebab tak mau dia biasa nanti, kalau aku dah pindah macammana kan? Tapi selalunya fail. Bila tengok muka Gaban dengan mata dia yang buntang, aku kalah. Celaka lu Gaban, apa lu manderam dekat aku ha?

Ada sekali dekat 3 4 hari jugak lah aku takda rumah. Kucing dekat rumah aku dah siap-siapkan bekalan, sekali aku balik tengok Gaban setia menanti depan pintu rumah, terus aku sebak. Kesian kot.

Gasak kau lah Gaban, selagi aku duduk rumah tuh boleh lah kau nak manja-manja dengan aku. Nanti kalau aku dah pindah, menangis lah kau.

No comments: