satu ratus sembilan: job

I desperately need a new job.

Dah bosan kat sini.
No development. Career path samar-samar.
Rutin hari-hari buat aku bosan. Takda langsung gunakan otak.

Technical knowledge aku semua dah ke laut. Takda daya nak majukan diri.

Mungkin sebab dah terlalu selesa duduk dekat kerusi yang pejabatnya ada air-cond, pegang mouse, klik sana-sini.

Kerja tak susah, senang. Susahnya bila perlu layan kerenah manusia yang pelbagai.
Semua mahu cepat. Kadang-kadang otak kena fikir pantas, jadi problem solver.

But, I desperately need a new job.

Target nak stay sini dalam 5 tahun. Since tengok kerja baru pun semua nak pengalaman over 5 years.

Tapi aku dah jemulah.

Rasa nak tukar kerja membuak-buak sampai aku nak apply kerja event management wei.

Hati rasa nak kerja dekat kepulauan borneo. Sabah ke Sarawak ke Brunei pun jadi. I dunno why? I just want to work there. Termasuk dalam wishlist sebelum mati.

Tapi nak apply guna kabel-mabel nie sungguh aku tak reti. Even nak guna khidmat kawan pun punyalah aku segan nak mati.

Sekarang baru jenguk-jenguk jobstreet. Aritu ada offer dekat Miri dengan KK. Dah apply tapi peluang untuk dapat tersangat lah nipis.

Like I said before, resume tak mantap, incompetant dan tak daftar dengan BEM?
Boleh? Dah kerja almost 3 tahun tapi langsung tak mendaftar.

Since my target sebenarnya nak jaga kambing dengan bukak halal food processing.

No comments: