Penat.
Tapi itulah, penat macammana pun aku mengadu, selagi sabar masih ada, aku teguh.
Nanti-nanti bila sudah tidak sabar, takpa, hospital bahagia tampoi dekat aje.
Nasib badan.
Dari kecil terpaksa menagih kasih manusia lain.
Dengan ibu sendiri pun terpaksa berkongsi dengan orang lain, apatah lagi dengan orang lain.
Itulah, mungkin sudah nasib badan.
Berkongsi kasih.
Sunyi.
Dari sendiri baik beri peluang pada yang peduli. Yang peduli. Bukan ambil kesempatan. Aku sendiri tak tahu beza. Selagi hati masih sayang katanya.
Selagi masih sayang.
Yalah, hati kita itu bukan hak mutlak persendirian. Hak mutlak Allah sebenarnya. Selagi Dia tetapkan begitu, begitulah jadinya. Maka berdoalah kita mohon supaya Allah tetapkan hati itu untuk kita sahaja. Untuk kita sahaja.
Sekali lagi rasa tamak berleluasa.
Sedih.
Hiba.
Tapi siapa yang peduli?
Siapa yang mahu dengar? Siapa yang sudi dengar tanpa ada prejudis?
Manusia sekarang sibuk berkejaran untuk kebahagiaan material. Takpa jika hati terabai. Takpa, asalkan nafsu dalam diri berjaya ditunaikan.
Jadi siapa yang mahu dengar kisah mawar layu yang sudah tidak laku?
1 comment:
saya pedulik =]
Post a Comment