Dulu-dulu masa nak sangat pergi sana, takda duit langsung tapi masa berlambak-lambak. Yelah makan gaji buta almost setahun.
Sekarang bila sudah mahu ada duit selepuk, masa pulak takda. Kerja banyak, bos pulak bila mahu cuti kadang-kadang boleh jadi gaduh.
Dan aku macam-macam alasan aku bagi dekat diri sendiri. Yang pasti aku sebenarnya takut.
Dosa dah terlalu banyak, entah diampunkan entah tidak.
Hidup dah mula kucar-kacir. Aku perlukan ketenangan.
Betullah, bila kita mahu, takkan dapat dengan mudah. Kena tempuh macam-macam halangan baru dihadiahkan pelangi.
Oh halangan yang paling sukar; nafsu.
Takut.
Kadang-kadang rasa mati tuh terlalu dekat.
Masa tengah drive, boleh imagine ada lori balak langgar, akhirnya mati katak bawah lori.
Masa tengah tidur, boleh imagine mati heart attack, membusuk dalam rumah. Yelah aku duduk sorang, tak bercampur dengan orang, jadi sapa yang ambil peduli kalau aku takda. Mungkin pihak bank saja.
Masa tengah jalan sorang-sorang, boleh imagine ada orang hulur pisau ke hulur pistol ke, tarik aku masuk semak, kena rogol lepas tuh kena bunuh. Masuk suratkhabar, front page.
Aku manusia yang terlalu banyak dosa. Dosa besar yang entah Allah ampunkan ke tidak. Bakal jadi penghuni neraka sejati. Entah bau syurga aku dapat hidu entah tidak.
Seksa kubur, Masyaallah, terlalu gerun, tapi degil, berubahnya langsung tidak.
Sebab itu aku selalu imagine aku mati dalam keadaan yang teruk, setimpal dengan dosa-dosa aku. Cuma aku harap dengan iman yang terlalu nipis dari kulit bawang nie, masa mati nanti aku masih boleh mengucap kalimah Allah.
Harapan. Semua manusia kalau boleh mahu matinya dalam iman. Tapi amalan untuk ke arah itu?
Ditiup angin.
Takut.
Aku takut.
No comments:
Post a Comment