Dengar cerita kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji lagi. Tahniah lah ye.
Syukurlah dengan apa yang ada kan.
Aku jugak harap dengan kenaikan gaji nie, janganlah pulak naik berat badan ye. Rajin-rajinlah bersenam untuk kesihatan jantung dan otak pun jadi cergas. Bukan apa, nanti bila berat badan dah naik, susah nak buat kerja. Jangan makin malas pulak. Sudah-sudah ler dok mengular dekat kedai kopi.
Tapi aku tak cakap semua. Tapi majoritinya sedemikian rupa.
Kesian mereka yang betul-betul bekerja. Buruk reputasi mereka.
Oh ya, jangan lupa murahkan senyuman bila berhadapan dengan orang lain. Senyum itukan sedekah.
Kalau asyik masam saja lama-lama orang menyampah. Jadi senyumlah. Bukankah anda dibayar untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Berkhidmatlah dengan penuh cemerlang.
No comments:
Post a Comment