satu ratus dua puluh sembilan: berat badan

Berat yang ada tak cukup.

Aku kena naikkan sampai 50kilograms.

If not, padahnya pada tulang belakang aku. Sekarang nie sakit melampau. Aku tak boleh lena bila tidur malam. Berdenyut-denyut. Kadang-kadang aku cuma mampu teresak-esak sambil picit sikit-sikit untuk kasi lega.

Doktor cakap mungkin muscle yang bengkak since sakit aku keseluruhan badan. Kalau tulang, tempat dia lebih spesifik.

Jadi, aku diberi ubat lembutkan muscle supaya perjalanan darah okay, disamping cuba berurut.

Aku jugak perlu naikkan berat badan. Itu harus. Kalau dalam sebulan nie still tak baik-baik jugak, aku kena ambil x-ray untuk tengok tulang aku cukup kalsium je tidak.

Im not even 30 yet, tapi badan dah meragam.

Jadinya secara otomatik aku paksa diri aku jadi milk lover. Minum susu sampai muntah, avoid cold water and eat healthy.

Kalau boleh mahu baik fizikal mental sebelum 30mei. I really need it.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: