Dari dulu lagi aku sebenarnya kurang gemar berhimpun/bergaul/berkhidmat masyarakat kalau komuniti tuh terlalu didominasi oleh perempuan.
Sebab sebagai seorang perempuan aku tahu akan wujud 2 situasi berikut:
Satu; berpuak-puak. Dua; gosip.
Aku nie jenis mulut bising. Riuh sekampung kalau bercerita. Kalau nak suruh aku bergosip cara halus memang tak dapatlah sebab suara macam amplifire.
Dari tingkat atas sampai tingkat bawah boleh dengar suara aku.
Dan menjadi seorang manusia yang dilahirkan sebagai mulut speaker nie, secara automatik orang lain akan melabelkan aku sebagai ratu gosip dan tukang sebar fitnah.
Sedangkan aku nie antara manusia terakhir bila datang bab-bab gosip nie. Aku cuma malas dan tak berminat nak ambil tahu. Buang masa.
Tapi yelah mana ada orang nak percaya, perempuan yang lemah-lembut, suara halus, pendiam pulak tuh, ketawa pun tutup mulut, itu sebenarnya musuh dalam selimut? Pijak semut pun tak mati.
Lainlah aku nie.
But i'm used to it. Dah biasa. Mana-mana pergi mesti situasi yang sama wujud.
Aku malas ambil peduli.
You can continu wih your attitude my ladies because I really don't mind.
Bergosiplah anda dan bersusah payahlah anda untuk memporak-peranda hidup anda sendiri dengan menyebar fitnah sebab saya percaya dengan keadilan Allah.
satu ratus tiga puluh satu: diam diam berisi
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment