satu ratus tiga puluh enam: kutunggu jandamu
Hidup kita nie banyak menunggu sebenarnya.
Hampir keseluruhan hidup kita dihabiskan dengan menunggu.
Menunggu untuk dilahirkan.
Menunggu untuk disekolahkan.
Menunggu untuk naik pentas untuk terima ijazah.
Menunggu giliran di tandas awam.
Menunggu lampu hijau di lampu isyarat.
Menunggu nak bayar barang dapur dekat Tesco.
Menunggu angka giliran untuk berurusan di bank-bank.
Menunggu jodoh datang.
Menunggu untuk diijab dan kabulkan.
Menunggu duit jatuh dari langit.
Tapi dalam banyak-banyak kita menunggu, ramai yang tak sedar dari saat kita dilahirkan, kita sebenarnya menunggu untuk satu perkara; menunggu untuk mati.
That's when the real life begin. Sebab bila kita dah mati, kita akan menunggu untuk sesuatu yang solid, yang pasti.
Menunggu untuk menjawab soalan dari Mungkar dan Nangkir.
Menunggu hari Kiamat datang.
Menunggu untuk diadili dekat Padang Masyar.
Menunggu untuk ambil giliran melintas Siratul Mustaqim.
Menunggu masuk Syurga selepas membayar hutang di neraka.
Jadi marilah sama-sama kita menunggu :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment