Semalam aku kelam kabut since my baby girl sakit teruk.
Balik je kerja semalam, buka pintu tengok smelly lari-lari ke arah aku. Tapi tergamam sebab kaki belakang dia macam lumpuh. Aku pegang je tengok perut dia dah buncit sangat. Terus aku ambil bawak pergi jumpa vet
Kesian wei. Dalam kereta duduk beriba. Masa lalu dekat line kuning banyak-banyak or jalan tak rata she grabbed my hand. Masa tuh rasa aaaa~~
Sampai klinik, vet tuh tekan-tekan perut smelly. Keluar air kencing. Keruh dengan busuk. Aku dah syak dia ada improper digestion sebab perut dia buncit semacam. So semalam memang betul tekaan aku.
Vet cakap kena tolong dia picit perut untuk beberapa hari nie sampai baik sambil makan ubat. Tahi dia pun keras tapi vet cakap takda blockage.
Still, aku tetap risau.
Sampai rumah kasik makan dulu. Bersuap kot. Nak nangis aku since she cannot sit properly. Kaki depan je berfungsi. Kaki belakang lumpuh terus. Vet cakap pundi kencing dia bengkak sampai buat kaki tak boleh jalan.
Lepas makan, kasik ubat then bawak pergi toilet untuk proses memicit perut. Meraung smelly. Sakit sangat tuh. But what to do? Dia memang tak boleh kencing. Then berak pun cuma keluar seketul tahi batu.
Malam tuh aku peluk dia masa tidur. Bila sedar dia bangun cepat-cepat bawak pergi toilet sebab dia cuma bangun bila nak berak. Lepas tuh tidur.
Masa nak bersiap pagi tadi, aku dengar dia lompat kerusi. Tergolek terus pastu aku intai, dia carry badan dia ke tray pasir. Tapi sangkut sebab tak mampu nak angkat masuk tray. Menangis aku tengok. Mesti sakit tuh. Aku angkat dia dengan lap badan dia lepas habis berak.
Hopeless aku tengok dia.
Tadi nak pergi kerja pun aku rasa berat hati.
Lepas tuh bila aku google pasal kucing kencing tak lawas nie. Woooo terus buat aku gundah gulana.
Kalau arini dia takde tanda-tanda nak baik, esok aku bawak pergi jumpa vet lain.
Masalah besar sekarang time. Mostly vet dekat sini tutup pukul 5 dengan 6. Mana sempat weiiiiii. Memang rushing here and there huhu
Jadi esok keluar time lunch sebab jumaat rehat 2jam. Rasa sempat. Jangan klinik tutup sudah.
Dear smelly,
Please get well soon.
satu ratus lima puluh satu: sick kitten
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bucuk bucuk~ moga cepat sembuh ekk bucuk~
Post a Comment