satu ratus lima puluh enam: rumah idaman

Teringin sangat nak ada rumah sendiri.

Living hall cat kaler dark blue. Barang dalam kaler putih semua.

Bilik pulak kaler dark pepel dengan grey.

Dapur kaler putih dengan lime green.

Kalau boleh nak rumah yang ada laman belakang. Senang aku nak bercucuk tanam.

Nak tanam daun pandan, serai, kunyit, pokok kari, limau kasturi, cili padi, kacang botol, ubi kayu.

Senang. Nak makan aku petik je belakang rumah.

Tapi bila tengok harga rumah boleh gugur jantung aku.

Dekat pasir gudang nie pulak rumah yang naik semuanya bertingkat-tingkat takde pun rumah setingkat. Kalau ada pun rumah town house. Memang tak gemar aku. Apartment pun sipi-sipi antara mampu atau tidak.

Takpe bagi diri sendiri lagi 3 tahun untuk kumpul duit. Itupun kalau terkumpul. Banyak lebur je sebelum sempat dikumpul huhu

Tapi tak salah berangan kan?

satu ratus lima puluh enam: slap hard on your face



Slap really hard.
*tepuk dahi sendiri*

satu ratus lima puluh lima: yellow sunday



Heaven. Lagi sedap letak dulu dalam fridge lepas tuh baru minum. Melayang-layang rasanya.
Mango blended with a pinch of cinnamon.



Pedas gila. Siapa suruh letak cili padi melampau. Tapi rasa ok bila gaul dengan nasi. Sedap.

Siapa lagi nak puji masakan diri sendiri kalau bukan diri sendiri :)

Ayam masak lemak cili padi dengam tempoyak.

Terima kasih dekat kawan yang datang dari jauh bawak tempoyak naik train, balut bagai nak rak sebab taku meletup. Berbaloi-baloi sebab tempoyak dia sedap sampai aku bangun malam-malam buka fridge semata nak meratah tempoyak.

Buruk lantak.

Sekian dari perempuan yang tengah google cara membuat sambal belacan campur tempoyak dengan mangga muda.

satu ratus lima puluh empat: peace



Aku dah tak larat nak jadi perempuan yang tak boleh marah, tak boleh merajuk, tak boleh beritahu apa yang aku tak suka.

Semuanya tak boleh.

Asal aku bersuara semuanya merepek, semuanya ridikulus, semuanya tak berguna. Orang lain jugak yang kau menangkan.

Kononnya aku nie tak sporting langsung. Yelah, aku nie kolot dan tak semegah yang lain.

Bodoh betul.

Kalau sayang, kau takkan buat apa yang kau buat sekarang.

You being too selfish, too content with yourself.

Last-last aku yang makan hati sorang-sorang. Kau sedap menatapi jamuan makan besar.

Sabar aku nie dah tak boleh tahan. Ego kau tuh terlampau tinggi. Aku tak boleh hidup macam nie.

Tapi kau mana kisah?

Aku merajuk, kau suruh pergi mampus.
Aku menangis, kau langsung tak endah.
Aku cakap sikit, kau bukannya nak dengar.

Jadi, aku nie kau anggap apa?

A replacement before you can get another girl?

Aku kecewa.

Biarlah aku bawa diri. Tak payah cari aku lagi. Biarlah aku merajuk lagi. Macam biasa kau takkan pujuk. Tak payah.


satu ratus lima puluh tiga: once (film)

Once.
How often do you find the right person?
Tajuk simple, movie pun simple.

Cerita nie mengenai seorang lelaki jumpa seorang perempuan masa dia tengah busking dan dorang berkawan and create songs together.

Simple.

Cerita dia pun takde nak exeggrate sangat.

Semua lagu dalam cerita nie di-compose sendiri oleh pelakon dalam cerita nie since in real life dorang memang penyanyi pun.

Glen Hansard and Markéta Irglová

Aku suka since terakhir dalam movie nie, yang mana pelakon perempuan tuh tengah main piano then she looked at the window. Merenung luar. I wonder what is on her mind waktu tuh.

Sebenarnya kebetulan je beli cerita nie. Masa nak tengok baru google review dia. Dekat Rotten Tomatoes kasik review 90%. Boleh tahan.

I don't say this is a great movie after all. But for a love movie, it is great. Sebab dah terlalu banyak sangat cerita cinta meleret-leret.


satu ratus lima puluh dua: take care of a sick kitten



This is Smelly.
Lepas dia tak boleh berak kencing aritu, aku bawak pergi jumpa vet lain. Dr. Han. He seem nice.

Dia cukur perut Smelly, lepas tuh scan macam orang scan baby tuh. Smelly was very anxious. Before tuh dia memang mengamuk sakan. Tangan aku habis calar balar berdarah dia cakar dengan gigit.

Lepas scan, pundi kencing dia normal. Takda bengkak or ada bendasing. Vet suspect Smelly jatuh or ada gaduh dengam kucing lain and somehow affect saraf dia.

Sebab vet tengok kaki belakang Smelly dah tak boleh jalan dengan tapak dia dah macam terkebelakang or macam kita genggam jari tuh.

Dia bagi ubat untuk 5 hari. Kalau Smelly tak baik jugak, kena datang klinik balik.

I don't wait until 5 days sebab dekat tulang belakang Smelly ada bonjol. Makin hari makin besar dan semestinya dia mengamuk kalau aku pegang.



Aku bawak dia pergi jumpa Dr. Han balik. Bonjol tuh sebenarnya nanah. Bila cucuk keluar banyak sekali dengan darah. Ada bau lagi. Busuk. Bila tanya pasal condition Smelly, vet said she cannot be safe. Since it's been a week that she cannot walk.



Aku dah membayangkan Smelly cacat. Then aku survey dekat internet, search macam-macam website.

Aku ada email jugak dekat Dr. Chan, owner myanimalcare.org. Gila. Memang beria aku carik maklumat. Siap nak bawak pergi acupuncture lagi.

Dr. Chan is a very helpful person. Aku email dia sebab ingatkan dia veterinar tapi silap. Aku perlukan second opinion and she helped me by given contacts of good vet clinics in JB.

Lepas tuh jumpa satu forum. Owner kucing tuh punya penyakit yang lebih kurang sama dengan aku. Dia berubat guna jeli gamat. Sembuh.

Balik kerja terus beli jeli gamat. Brand Healin; Zaniton. Selamat digunakan untuk kucing. Yang lain ada bahan-bahan yang tak boleh diproses oleh sistem pencernaan kucing tapi Zaniton okay. Itu yang aku baca dekat forum lah.

Aku rasa jeli gamat nie. Buwweeeekkkk gila tak sedap. Rasa dia tak tahu macammana nak describe. Aku ingatkan jeli gamat nie macam Scott Emulsion tapi lain. Sebotol rm59, 350ml. Satu saiz je ada.

Suprising, my cat loves it. Sebelum nie, punyalah susah nak suruh minum ubat, tapi yang nie siap jilat mulut lagi. Aku kasik satu sudu besar, lebih kurang dalam 5ml. Suap kat dia guna syringe.

Aku selang dengan ubat yang vet bagi. Tapi tak bagi serentak. Pagi aku kasik makan ubat vet then malam aku kasik jeli gamat. Baru test sehari.

Semalam aku balik kerja, berlari Smelly pergi kat pintu sambut aku. Menjerit aku sebab dia boleh guna kaki belakang dia. Before this dia cuma seret je. Dia boleh angkat sikit-sikit kaki dia cuma tak sepenuhnya. Jalan masih terhuyung hayang.

Tapi Smelly sangat aktif. Sebelum sakit pun aktif jugak. Hyperaktif. Aku tak boleh kurung dalam sangkar sebab dia punya vokal fuhh Jacklyn Victor pun kalah. Kalau aku biarkan nanti takut jiran marah pulak. Dan Smelly nie manja sangat. Suka membontot aku, jilat kaki tangan muka aku dan she is a very demanding little kitten.

Dia tak suka pasir dia ada taik kalau dia nak berak, so I need to make sure pasir dia bersih. Kalau tak, vokal dia berkumandang non-stop.

Sekarang nie aku harap dia cepat sembuh. Baru test sehari. Kita tengok keadaan dia harini macammana.



Kawan cakap aku gila sebab layan kucing macam layan orang. Biarlah. Bukan dorang yang rasa apa aku rasa. Plus, aku rasa bersalah. I'm the one who took her into my life, lepas tuh tiba-tiba sakit teruk. Kalau aku tak kipnap dia aritu mesti dia tak kena sakit macam tuh. Jadi sebab tuh aku bersungguh nak Smelly baik.

posted from Bloggeroid