Proses penukaran duit raya dekat ofis dah selesai. Biasa tiap-tiap tahun memang akan ada sorang dua incas untuk tukar duit raya dekat sini.
Dan aku macam biasa terbabit sekali lah. Padahal yang sebenarnya aku tukar duit raya sebab nak duit baru je.
Duit saidina. Lelagi duit dua puluh ringgit. Rare kot. Tapi tak boleh celen duit dua puluh ringgit yang lama. Itu lagi cantik.
Al-kisahnya aku memang kurang gemar kasik duit raya dekat budak-budak. Dari dulu lagi. Ramai gak sepupu sepapat cop aku kedekut.
Aku tak suka. Bukan atas alasan bukan budaya kita ke or tiru budaya kaum cina kasik angpau.
Cuma aku tak suka fikiran budak-budak nie disogokkan dengan duit. Asal nak datang beraya kena kasik duit. Kalau tak takmau beraya.
Dah lari makna raya tuh.
Seronok memang seronok tengok budak-budak nie kutip duit. Dan ianya sebahagian dari memori kot. Aku dulu pun macam tuh jugak.
Tapi kalau boleh aku nak didik budak-budak nie jangan terlalu bersandarkan sesuatu dengan duit.
Aku gantikan duit raya tuh dengan bunjut cikedis. Dalam tuh aku letak cumi, coklat, kopok dan pelbagai jenis jajan lagi. Ikut suka akulah nak letak apa. Sapa datang beraya itu yang aku bagi.
Pedulik apa aku kan hahaha
Dorang mungkin tak tahu yang bunjut cikedis tuh sebenarnya kalau kira-kira nilainya lebih dari singgit kot. Tapi sebab tak nampak duit yang sekeping tuh maka dorang komplen.
Alah kalau aku bagi duit pun dorang pi beli jajan gak so better aku buat gitu.
Aku bagi jugak duit raya dekat sedara yang dekat-dekat tapi tak banyak. Macam anak buah aku, aku bagi terus dalam akaun sspn dia. Sebab aku tak percaya kalau bagi dekat dia or bapak dia.
Kejam? Lantak pi lah sebab aku lebih pentingkan masa depan dia.
Lagipun kebanyakkannya aku tengok (dalam famili aku) mak bapak dorang jarang simpan duit raya yang anak-anak dorang dapat dalam bank. Samada digunakan oleh mak bapak tuh sendiri untuk beli barang dapur atau kasik si anak tuh yang uruskan.
Kalau dah budak-budak dapat, what do you expect? Within 24 hours duit beratus tuh noleh lesap.
Sebab tuh aku tak suka kasik duit raya directly dekat dorang. Samada aku bagi dekat mak ayah dorang suruh simpan dalam bank atau aku sendiri yang masukkan dalam bank.
Kalaulah dorang tahu betapa pentingnya ada duit simpanan especially untuk korang sambung belajar. Kalaupun takmau sambung belajar, at least by 18, korang dah ada duit simpanan beribu. Time tuh buat lah apa yang korang suka. Dah besar pandailah fikir sendiri.
Macam westerners dorang memang dari anak tuh belum lahir dah buatkan trust-fund sebab dorang takkan selamanya nak sara budak tuh.
Jadi aku memang nak didik famili aku macam tuh. Kalau boleh jangan bergantung dengan pinjaman semata. Tengok aku sudah. Belajar tinggi tapi berhutang. Seksa tahu nak bayar hutang ptptn nie.
Jadi sebab itulah aku memang kurang gemar kasik duit raya dekat budak-budak. Aku tak tetapkan langsung berapa yang aku nak bagi. Kalau ada, ada. Kalau takda, takda.
Tapi itulah, bila aku buat gitu ramai yang cakap aku kolot. Fikir duit aje. Habis yang korang berbelanja sakan lepas tuh dok calling sana sini nak pinjam duit tuh apa kes?
Raya raya jugak tapi jangan sampai papa kedana pulak lepas tuh.