satu ratus enam puluh lima: merdeka

Kita nie nama sahaja dah merdeka 55 tahun tapi sifat rasis dalam diri masing-masing menggunung.

Melayu dengan malas layunya.
Cina dengan suka judi dan babinya.
India dengan mabuk todinya.

Apa ingat Cina dan India tak ada yang malas?
Apa ingat Melayu dan India tak ada yang makan babi?
Apa ingat Melayu tak ada yang ketagih todi?

Itulah kita. Suka meletakkan label pada setiap bangsa dan agama.

Sebab kita merasakan bangsa sendiri itu bangsa paling agung dalam dunia.

Padahal Allah itu ciptakan kita berkabilah-kabilah supaya kita belajar kenal-mengenal, jatuh cinta dan sayang menyayangi sesama kita.

Aku rasa malu bila orang melayu suka betul bercakap tentang ketuanan. Bagi aku benda tuh dah menunjukkan betapa lemahnya  melayu itu sendiri?

Orang lain berperang sudah guna m16, kita masih lagi mahu gunakan keris? Baru nak buka kekuda sudah ditembak dari jarak jauh.

Apa perlunya ketuanan itu kalau kita sama-sama menghidupkan negara nie. Sama-sama kerja kuat, jadi kenapa perlu gaduh, buat haruk sana-sini.

Kenapa hendak diberi keistimewaan lebih pada kita sedangkan kita semua pendatang. Kaum asli sendiri kita tak bela sepenuhnya nasib mereka. Jadi bukankah perangai kita nie sama seperti penjajah dahulu kala?

Bila mana ditanamkan dalam diri tuh kita adalah yang paling agung, maka kita mulalah membeza-bezakan antara satu sama lain. Kita mula letakkan hieraki dalam semua aspek. Kita bersifat diktaktor.

Kalau betul bangsa aku bangsa yang paling hebat dalam dunia, kenapa perlu disediakan segala macam keistimewaan? Kenapa tidak sahaja berdiri di atas kaki sendiri tanpa menggunakan tongkat? Kenapa masih perlu lagi ditampung isi badannya?

Hebatkah itu?

Diskriminasi adalah sama bodohnya dengan rasis. Being in majority do not give you the privilage to jinx others.

Dalam satu artikel, Zahiril Adzim pernah cakap yang dia harap perkataan 'rasis' tuh tak pernah wujud. Bertapa 'rasis' tuh membunuh rasa cinta dan bersatu padu kita.

Jadi seperti ZA, aku harap satu hari nanti perkataan 'rasis' itu tidak wujud dan kita boleh sambut merdeka dan hari Malaysia tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain.

Kita semua ini adalah pencinta tapi dek sikap tamak haloba semuanya jadi pembenci. Yang sana kutuk yang sini, yang sini buat dengki dengan yang sana. Caci maki semuanya dah jadi biasa.

Sayang seribu kali sayang.

Selamat hari merdeka, Malaysia.
Tanah tumpah negaraku.

No comments: