Menaip di pejabat baru.
Dasat.
Belum apa-apa dah mula mengular. Tapi ini memang tak dapa nak dielakkan.
I'm so damn bored sebab tak ada kerja.
Jadi inilah hasillah.
********************
Banyak benda jadi tahun nie. Expected and unexpected.
Tak laratlah nak ceritakan semuanya. Takpa kita amek benda-benda penting yang boleh dikenang masa tua nanti. Itu pun kalau aku tak delete blog nie
********************
Pertengahan tahun aritu, aku dengan mama dapat pergi tengok kaabah. It's beautiful. Selama nie dapat tengok dekat tivi je.
Pergi sana, betul-betul uji aku dengan mama.
Kitorang amek pakej pegi eygpt. Ikut kehendak mama. Sampai eygpt, mama sakit. Dia baru lepas baik operation, so badan tak dapat tune elok lagi kot, so dia demam dengan batuk. Teruk jugak lah.
And me, being a heartless daughter. Aku taktahu nak buat macammana. Dia suruh beli ubat, aku belikan lah. Makanan aku bawak naik bilik untuk dia. Lepas tuh aku suruh dia tidur aje. Malam-malam aku cuba sabar dengan bunyi batuk dia.
Sakit mama makin teruk bila sampai madinah. Aku mintak tolong ketua rombongan bawak dia pergi hospital bila mama cakap dia batuk berdarah.
Sebelum kitorang bertolak ke madinah, aku dengan mama gaduh besar. Masa tuh semua benda keluar. Rasa marah, kecewa, geram. Semuanyalah. Apa yang terbuku dalam hati aku dengan mama, semuanya kitorang luahkan. Kinda painful especially for mama bila dia tahu yang her only daughter nie hate her.
Entahlah memang aku takda rasa sayang dengan dia. Apa yang aku buat nie, semua atas dasar tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Dan dia tak boleh nak salahkan aku, sebab aku memang tak hidup dengan dia dari lahir lagi. Aku rasa masa tuh mesti hati mama hancur lebur bila aku cakap gitu. Hati aku hancur bila dia kata 'kalau mama tahu awak macamnie mama tak ajak awak datang sini sama-sama'.
Ikutkan hati memang aku nak balas balik sebab aku memang tak mahu pergi mulanya. Sungguh. Tapi kesian dekat mama sebab dia nak pergi tapi takda orang yang boleh teman dia. Tapi aku diamkan aje.
After sharing not so caring session, sebagai anak aku mengalah. Aku mintak ampun, aku cium tangan dia. Mama peluk aku. Tapi entah kenapa I don't feel a thing. Kenapa Tuhan tak kurniakan rasa sayang walau sedikitpun dekat aku untuk mama? Aku cium pipi mama untuk sejukkan hati dia.
Sedangkan sepanjang waktu aku dekat masjid nabawi sampai ke raudah; tempat paling mustajab untuk berdoa tuh, aku sujud mintak tuhan kurniakan aku rasa sayang dekat mama. Aku tak mahu hidup dalam kebencian sampai aku mati. Aku tak mahu kena sumpah bila aku ada anak nanti, anak aku buat macamtue dekat aku. Aku tak mahu. Aku tak tahu dugaan apa yang Dia kasik dekat aku.
Masa perjalanan ke mekah tuh, aku cuba ambil berat sikit pasal mama walaupun sebenarnya hati aku kosong. Tapi sebagai anak, aku cuba lakukan yang terbaik. Aku cuba jaga makan minum dia, lemah lembut sikit dengan dia.
Sampai mekah, orang-orang yang pertama kali macam aku dengan mama nie, kami decide untuk ikut ustaz yang bawak kami sebagai panduan. Kang sesat kang sapa nak tanggung. Tapi dalam hati cakap aku boleh buat sendiri. Tapi kesian dekat mama. Dia kelam kabut sikit.
Masa masuk, minum air zam-zam, jalan perlahan-lahan nak buat tawaf, mama pegang tangan aku. Momen pertama kali tengok kaabah tuh aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Kitorang buat tawaf awal pagi sebelum subuh. Subhanallah, dia punya kilau, dia punya gah, cantik sungguh. Priceless. Masa tuh aku cakap dengan mama 'mama tengok depan, tuh kaabah. Nampak tak?'. Punyalah suka orang tua tuh. Aku pun sama. Syukur sangat-sangat kitorang dapat tengok kaabah sama-sama. Sapa sangka, bertahun aku tanam azam nak pergi sana sekali sampai. Eh macam mimpi kot. Tak percaya aku.
Kitorang nak start tawaf nie, jadi mata melilau carik garis permulaan tawaf. Mama dah start tarik-tarik aku supaya kitorang tak tertinggal ustaz tadi. Aku sedikit ralat sebab ustaz tuh laju wei. Semua jadi kelam kabut, aku tak fokus. Ramai orang pulak tuh, bising. Aku tak dengar apa yang ustaz tuh baca. Aku marah. Sapa kata depan kaabah tak ada syaitan? Aku cakap slow-slow dengan mama. 'Mama, orang tak boleh ikut ustaz nie. Laju. Tak boleh fokus. Orang baca ikut buku aje'. Then she let go of my hand. Macam dia faham.
Sapa pernah buat tawaf mesti tahu, masa tuh ramai orang, pelbagai bangsa. Akan ada satu rombongan bila buat tawaf, ketua dorang akan baca zikir kuat-kuat. Lepas tuh satu rombongan ikut. Serius, terganggu. Jadi, aku tak dengar apa yang ustaz aku baca. Jadi aku buat keputusan untuk buat sendiri. Baca apa yang aku tahu.
Tawaf, saie, gunting rambut dengan tahulul. Habis umrah, aku salam mama walaupun aku ada sedikit ralat sebab aku rasa umrah aku kurang sempurna. Tapi benda dah jadi, so let it go. Aku ok sikit dengan mama masa dekat mekah. Tapi ok-ok gitu jer lah. She still sick. Jadi ada masanya dia tak larat nak pergi masjid, aku pergi sorang. Aku tak ikut sangat group-group yang lain. Aku ikut masa hari pertama jer, itupun sebab nak tau jalan pergi balik.
Kebanyakan orang dalam group aku dah banyak kali buat umrah, jadi dorang ada aim yang tertentu masa datang tuh. Aku tak mahu kacau, so aku buat hal sendiri. Aku explore semua tempat dalam masjid tuh. Aku dapat sembahyang dekat semua tempat yang dikatakan mujarab untuk berdoa, aku dapat cium kaabah --wangi. Cuma satu je yang kau tak buat; cium hajarul aswad.
Aku buat hajat, aku cakap kalau betul rezeki aku, mudahkan perjalanan aku untuk pergi pegang dengan cium hajarul aswad tuh. Kalau dengan cium benda tuh, dia boleh memudaratkan aku, maka jauhkan dan susahkan perjalanan aku nak pergi cium dia. Hambik kau. Memang sampai ke sudah, aku tak dapat pegang walaupun masa tuh jarak dia dengan aku satu meter je. Aku tak rasa terkilan sebab masa berhajat tuh, aku cakap, kalau aku datang kali nie tak dapat, silalah jemput aku datang lagi. So itulah niat aku. Nak datang balik :)
Lepas tuh aku ajak mama pergi hijir ismail sebab dia belum buat lagi. Aku dah survey time apa yang orang tak berapa nak ramai dengan tak payah berebut-rebut semua. Sungguh masa tuh, semuanya lancar. Aku dengan mama dapat buat semua. Sampaikan pintu kaabah pun kitorang dapat pegang.
Lepas habis tuh, mama tarik aku 'mama nak cium hajarul aswad'. Walaupun aku kata jangan sebab masa tuh ramai lelaki dengan orang tolak-tolak, mama degil. Last-last dia hilang, terus berusaha pergi situ. Aku tunggu tepi je, tak mampu nak melarang. Takkan nak gaduh depan kaabah kan?
Lepas jumpa balik, mama happy. Aku biarkan aku. Takmo spoil her mood.
Dan hari-hari seterusnya, aku dengan mama buat haluan sendiri. Kitorang pergi masjid lain-lain walaupun waktu solat yang sama. Sebab mama ada hal dia, aku pun sama. Kadang-kadang aku suka stay masjid, mama nak balik or vice versa. Bila kenang balik memang kelakar. Completely stranger. Buat hal memasing. Aku rasa group aku mesti pelik kenapa kitorang anak beranak tak pernah jalan sama.
Sampai habis umrah, aku dengan mama gitu. Terus senyap.
Aku contact balik dengan mama masa puasa. Itupun tanya pasal kuih yang dia order.
Lepas tuh kitorang okay sikit-sikit, sampai sekarang. Nak kata boleh peluk-cium tuh takde lah. Macam biasa. Lagipun mama tengah sakit, kalau boleh aku nak dia happy-happy je selalu walaupun ada ketikanya aku macam tak boleh blah langsung dengan dia bila she's taking control of my life. But I guess that's what moms do kan?
Sebagai anak aku cuba mengalah even hati aku nie keras tak berperasaan betul. Bila orang lain treat aku gini tahu pulak aku marah, menangis, tapi aku treat mama teruk, so I guess I deserved it. Sebab tuh aku takut nak ada anak sendiri walaupun teringin nak anak sebab takut anak aku buat aku lagi teruk dari aku buat mama. Aku tak rasa aku boleh handle situasi tuh. Boleh gila.
Orang layan kita macammana kita layan orang.
Baik kita layan, baiklah orang layan kita.
Buruk kita layan, buruklah orang layan kita.
And this apply to animals too.
Jangan tanya kenapa orang buat sial dengan kita bila kita asyik sepak kucing tepi jalan or baling batu dekat anjing.
Ini bukan karma, ini adilnya tuhan.