Tercari-cari

Tak tahu nak buat apa dalam hidup.
Kadang-kadang rasa semangat nak berubah tapi selalunya hanya hangat-hangat tahi gajah.

Tak banyak perubahan dari dulu.
Diri masih lagi terpencil, susah nak keluarkan diri dari kepompong dan lebih rela duduk terpelosok dari berlari mengejar dunia.

Rasa teruk.
Rasa jeruk.

Mahu menjadi bagus dalam semua perkara tapi kalau masak sambal kering pun tak pernah konsisten rasanya macammana nak jawab tuh?

Rupa tiada. Harta tiada. Ilmu pun sipi-sipi aje. Bila entah nak jadi bagus. Mahu juga rasa 'at least I'm good at something rather than nothing.'


Hormat

Kita minta orang hormat ruang kita untuk bersuara tapi kita sendiri trolling ruang orang lain.

Kita minta orang faham keadaan kita tapi kita sesuka hati berkata perihal orang lain yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal.

Kita minta orang jangan judge kita selagi tak pernah jumpa kita face to face tapi kita sendiri cepat menjatuhkan hukuman dengan orang lain hanya berdasarkan khabar angin.

Kita minta orang jangan sibuk-sibuk jaga tepi kain kita padahal kita pun sibuk singkap cerita dalam kain orang lain.

Kita minta itu ini tapi kita langsung tak mahu memberi.

Yang sebenarnya kita ini semuanya sama sahaja.

selingan

Ada banyak benda yang nak cakap tapi semuanya berakhir dengan noktah.