Orang kata aku anti-social. Bos pun kata aku anti-social. Aku pun kata aku anti-social.
Anti-social.
Please define what is anti-social.
Aku jarang meletakkan diri aku sebagai 'front-man' dalam apa jua hal. Malas. Kalau dulu mungkin ya. Tapi bila dah tua nie jadi malas. Atau dengan kata mudah aku dah terlalu selesa dengan apa yang aku ada.
Yup. That's the word. Selesa.
Aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Jadi pemerhati.
Kalau kat tempat kerja aku lebih selesa berurusan dengan orang-orang cuma perihal kerja. Jarang nak ajak lunch sekali atau lepak sekali lepas waktu kerja. Malas. Aku perlukan masa untuk diri sendiri. Kerja is kerja. Produktif aku cuma perihal kerja. Melencong bab lain, aku cabut lari.
Manusia nie ada bermacam-macam topeng. Depan kita; puji. Belakang kita; maki. Depan kata cinta. Belakang main cinta.
Jadi buat apa aku nak sesak-sesakkan fikiran aku untuk benda-benda yang negative macam tuh. Aku tak perlukan semua itu. Tak perlu dan tak mahu.
Kadang-kadang aku rasa aku lebih arif bahasa kucing dari bahasa manusia. Sekurang-kurangnya kalau dia marah dekat aku, aku cuma kena cakar je. Nampak kesan, letak minyak gamat, 3 4 hari hilanglah. Kalau kena cakar dengan manusia? Luka dalam yang belum tentu sembuh walaupun dah bertahun.
Biarlah. Janji aku aman sentosa.
Cuma satu perkara yang selalu aku fikir, kalaulah aku mati nanti ada tak yang mahu ambil tahu? Ke nanti bila mayat dah membusuk dalam rumah baru ada yang perasaan? Itu yang selalu aku fikir. Mati.
No comments:
Post a Comment