Tiap-tiap bulan mesti tak cukup duit. Padahal aku hidup sendiri kot. Aku cuma tanggung diri sendiri aje. Tapi tetap tak cukup. Nampak tak betapa borosnya aku.
Orang kata hidup di kuala lumpur ini serba serbinya mahal. Betul. Aku tak tipu. Dan aku juga tak tipu bila kebanyakan orang yang hidup di bandar ini berbelanja semata-mata untuk puaskan nafsu manusia lain.
Yelah, orang beli baju baru, kita pun berlawan nak beli jugak. Nak pulak beli yang berjenama. Orang beli gadjet baru, dia pun terikut nak beli gadjet baru. Apa barang zaman sekarang pakai henfon ringtone polytone. Beli henfon canggih pun, cuma reti guna untuk jadi stalker dekat facebook je *facepalm*
Orang lain nak beli kereta besar, dia pun ikut sama nak beli kereta besar. Orang lain pasang kitchen cabinet by ikea, dia pun nak jugak.
You see, hidup di bandar ini, masing-masing berlawan-lawan nak hidup. Orang cakap kekonon nak upgrade-kan taraf hidup. Kalau mampu takpe, kalau tak mampu, buat aje cara tak mampu. Tak letih ke terkejar-kejar mengejar kebendaan nie? Tak penat hari-hari nak kena kerja kuat, siap buat part-time semata nak penuhi tuntutan nafsu? Kalau tak penat maka aku ucapkan tahniah!
Tahun nie aku kena banyak menyimpan. Aku nak travel. Aku nak tengok dunia. Aku bosan tengok dunia melalui internet aje. Aku nak jugak rasa macammana sejuknya musim salji walaupun aku tak berapa gemar sangat cuaca sejuk. Aku nak tengok nemo dekat mabul takpun krabi takpun jumpa alex dekat madagascar. Aku nak pergi bandar aladin.
Aku tak mahu kerja semata-mata bayar hutang aje. Aku nak kerja supaya aku dapat pergi mana aku nak pegi. Aku pun takmo kerja makan gaji sentiasa. Memang best pergi kerja 9-6, akhir bulan dapat gaji, bayar hutang dan duit yang tinggal sedikit itu buat pergi berjoli. Eh berapa ciput sangat lah wei yang tinggal T_T
Aku ada impian. Aku nak bukak satu kedai jual buku. Separuh laman, aku buat jual buku, separuh laman lagi aku buat jual dessert. Lepas tuh, ada space sikit, buat orang nyanyi-nyanyi ke, baca puisi ke takpun buat tayangan filem. Situlah tempat aku kerja dan situlah jugak tempat aku buat anak (itupun kalau ada sparring partner ler hahaha).
Semoga dipermudah suatu hari nanti.

No comments:
Post a Comment