Penang.

Acara back-pack pertama lepas dah lama gila tak pergi travel.

Masih belum mampu nak travel oversea jadi travel dalam negara aje. Itupun masih banyak tempat belum aku tawan.

Pergi dengan tujuan nak tengok art-street yang bersepah dekat sana. Plus jejalan naik basikal. Macam orang gila aku bawak basikal around Penang siap redah traffic yang kelam-kabut dekat sana.

Pergi berdua. Thanks to Zell sebab sudi nak temankan aku naik train pergi sana. Kinda excited sebab first time travel naik train. Seronok walaupun aku habiskan banyak masa aku tidur haha tidur dan aku macam isi dan kuku. Even tepi jalan pun aku boleh tidur. Takde masalah.

Dekat sana kitaorang stayed with a good friend of mine; Imi. Jimat duit sikit haha dan lama tak jumpa dia. A lot of things to catch up. Tujuan ke Penang selain nak ambil gambar street art tuh, aku nak pergi sangat Penang War Museum.

Syok dan penat. Tempat dia dalam hutan. Tak besar, kecil aje. Maybe tak se-best war museum dekat Vietnam (dengar cerita orang aje. Tak pernah pun pergi sana) tapi dapat juga lah melihat kesan perang. Tapi paling tak boleh blah, bila ada satu pontianak tiruan yang diletakkan dalam salah satu bilik yang dipanggil bilik seks. Terkeluar perkataan 'bodoh' dari mulut aku haha

Then kitorang bedal nasi kandar hameediah or orang lokal panggil nasi kandar bakul sebab dorang guna bakul untuk bawa nasi ke atas. Kedai dua tingkat. Walaupun orang cakap nasi kandar line clear is the best dekat Penang, aku tak teringin sikit pun. Really guys, tempat tuh kotor kot. Kotor yang tak boleh dimaafkan so reject terus.

I was quite happy juga sebab dapat ambil gambar guna kamera cikai aku yang dah berkurun tak guna. Itulah purpos utamanya haha sebab aku dah lama tak ambil gambar. Bila dah lama tak ambil gambar maknanya hidup aku dah plain, no adventure dah. Walaupun gambar aku takde power langsung but at least it makes me happy macam bebudak dapat candy hihi

Nantilah aku upload gambar.

kuasa dan ilmu

3 Mac 1924.
Ingat tarikh nie sampai mati. Kerana sebelum nie tak wujud bangsa dan negara. Semua bersatu pada satu sistem, iaitu sistem khalifah.

3 Mac 1924.
Runtuhnya empayar Islam. Turki Uthmaniyyah.

Ahli Parlimen Turki: Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab dijajah?

Lord Curzon: Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

2013.
Semangat asabiyah, berbelanja boros, berhutang dan menyimpang dari ajaran allah antara sebab musnahnya satu empayar hebat.
Sepatutnya kita bersatupadu, jangan berpecah-belah tapi harini tengoklah apa jadi. Masing-masing sibuk nak mempertahankan hak diri sendiri tapi hak Allah siapa yang nak pertahankan?

Tak malu ke nanti balik menghadap Allah, kena tanya gini:
Hai Khadijah apakah agamamu?
Islam, Ya Allah.
Bagaimana kau tegakkan Islam itu wahai Khadijah?
Dengan duduk rumah, online dan berdebat di-facebook Ya Allah.

Deng!

Btw, tahukah anda semasa perang dunia pertama kerajaan Turki Uthmaniyyah bekerjasama dengan Adolf Hitler. Dah, dari korang baca gosip baik belajar sejarah. Dah dah. Pergi baca buku sana.