Ini bukan review cuma pendapat peribadi seorang yang sangat clueless pasal filem.
KIL.
Aku tak mahu cerita betapa cantiknya Cristina Suzanne tuh, mahupun tentang sinematografi ataupun jalan ceritanya yang bagus. Sebab itu bukan kepakaran aku. Kita serahkan benda tuh pada tontonfilem sahaja.
Aku cuma nak cerita tentang apa yang aku tahu.
Redza Minhat berkicau mengatakan yang KIL bakal ditarik balik penyiarannya kerana tidak ramai yang mahu menonton filem nie di panggung.
Aku tak terkejut dan tak hairan. Cuma hairan kenapa Redza nak berasa sedih kerana sepatutnya dia dah boleh imagine outcome filem nie macammana. Yes, KIL is a good movie tapi ia belum cukup kuat lagi untuk menarik SEMUA golongan menonton filem nie.
Kita kena tahu kelompok yang selalu memenuhi panggung wayang kebanyakkannya dari golongan belia. Dan belia nie kita boleh bahagikan pada dua golongan. Junior dan senior. Peringkat umur junior lebih kurang 17-27 dan peringat umur senior lebih kurang 27-37. Aku ambil gap 10 tahun sebab senang nak imagine je. But you know the drill.
Kelompok junior ini pula kebanyakkannya hanya menonton semata-mata suka pada seseorang pelakon atau habiskan masa dengan kawan-kawan/bf/gf. Pemikiran mereka lebih ke arah hiburan dan hanya mahu menonton untuk hiburan sahaja. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab sistem kita yang membentuk pemikiran mereka ke arah itu. Cuma imejin bagaimana kita 5 tahun sebelum ini.
Manakala kelompok senior nie terpecah pula pada 2; yang masih single dan berkeluarga. Umum mengetahui once you have a family, your family is your priority. Jadi kebanyakkan mereka lebih senang menonton filem di rumah dan jika ada anak mesti nak tunggu anak besar dan bila anak dah besar mestilah menonton filem yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. In short, tengok cerita kartun ler. Or cerita yang ada Zizan.
Jadi benda nie yang banyak digunapakai oleh pembikin filem sebelum nak buat filem. Target audience. Macam drama dekat tivi. Golongan sasarnya ialah surirumah maka banyaklah drama-drama cinta bersegi-segi yang ditayangkan.
Disebabkan itulah kita kena berhenti mengukur kejayaan sesuatu filem itu berdasarkan jumlah kutipan tiket di panggung sebaliknya ukur kejayaan filem melalui kualiti penonton yang menonton dan siapa yang menonton filem tersebut.
Dan iya aku terkejut bila melihat non-malay menonton filem melayu yang pelakonnya melayu dan pengarahnya juga melayu. Sebab benda nie rare and priceless :) dan jarang betul pembikin filem nak buat filem gini. Selalunya buat filem melayu untuk melayu, filem cina untuk cina dan filem india untuk india. Rugi.
Jadi kalau kita faham tentang hal nie, kita boleh faham kenapa KIL tak dapat box-office.
Tapi adakah kerana filem tersebut tak dapat box-office, mereka harus berputus asa? Kalau ya, then you are such a coward. Tak box-office tak bermakna tak ada kualiti dan tak mendapat tempat dihati penonton. Benda nie satu proses. Satu filem gagal, kita buat lagi satu filem lain. Gagal lagi buat lagi. Educate penonton secara perlahan. Filem P.Ramlee pun orang tengok lepas dia mati so kenapa nak give-up awal?