Perjalanan menyusu Dahleia hampir tamat. Kalau dikira dengan persen dah cecah 96%. Adalah berbaki 4% yang banyak bermain dengan emosi dan kepiluan anak mahu berpisah dengan bestfriend dia 3 tahun.
Benar kata mereka yang sudah menempuhnya, perjalanan menyapih susu lagi payah berbanding perjalanan menyusu itu sendiri. Banyak bermain emosi dan mental. Sakit luka melecet itu tak terlawan dari sakitnya emosi tengok anak merayu2 dalam tidur hendakkan susu. Terpaksa menangis dalam hati dan senyum depan anak.
Ini bukan sekadar proses menyapih susu, ini perjalanan kami mengenal karekter anak, cara nak handle emosi anak dan emosi kami sendiri. No, we don't use any kind of trick on her. Just keep telling her, she a big girl now, no need to depend on my boobies to survive. Penat sangat tapi alhamdullilah, ianya berbaloi.
Dan semalam anak terjaga masa tidur petang. Tertidur masa main sharpener pensel. Datang mencari bondanya yang tengah landing atas katil sendirian
"Anak cari bonda dia tido semula ke?"
"Haah, dia tidur balik?"
"Camne dia tidur balik? Bonda kasi susu ke?"
" Takde kasi susu pun. Just bagitau kalau nak tidur balik, saya tepuk2 dodoikan dia. But no susu sebab dah janjikan no more susu time tidur. So saya tepuk2 dia, dia peluk saya dan tidur semula"
*laki pandang bini, bini pandang laki*
*senyum tapi dalam hati masing2 nangis*
Dahleia dah besar.
No comments:
Post a Comment