Lately aku banyak baca pasal kahwin. Dengar ceramah Ustaz Kazim pun pasal hal rumahtangga. Sebab apa?
Obviously, aku nak kahwin.
Tahun depan.
Serius business. No joke.
Tapi duit simpanan tak cukup nak buat majlis besar-besaran. Senang cerita nak buat open-house pun tak lepas.
Tapi aku merancang nak kahwin tahun depan.
Minta Tuhan permudahkan urusan aku.
Oleh kerana mama dah warning siang-siang kalau aku nak kahwin kena guna duit sendiri makanya kenduri untuk belah aku nanti sangatlah kecil aku buat.
I prefer that way sebenarnya.
Cuma masalah aku tempat. Rumah mama apartment. Kecil. Nak buat majlis dekat mana?
Dewan? Bapak mahal. Nak bayar sewa lagi, catering lagi, kerusi meja, PA system bagailah. Aku sangatlah tak suka buat dekat dewan. Besar sangat. Tak mampu aku nak layan orang nanti.
Jadi aku selalu create this idea yang aku nak menikah dekat surau depan rumah mama tuh.
Lepas tuh pasang khemah, untuk makan-makan. Lepas nikah, ajak tetamu makan-makan, bergambar, salam-salam, kasik bunga telur then balik.
Pelamin. Tak payah. Tak suka. Tak gemar duduk atas pelamin, orang baling-baling beras ke hapa semua tuh. Rimas.
Jemputan tak mahu ramai-ramai. Cukup keluarga dan kawan rapat. 100 orang cukup. Ok up sikit 150 orang. Like I said, aku tak mampu nak panggil ramai-ramai. Bajet limited.
Aku tak demand duit hantaran. Tak perlu rasanya. Tapi aku demand mas kahwin, ikut tarikh lahir aku. Kenapa? Aku nak pihak lelaki ada effort sikit dan simbolik untuk aku. Itu aje.
Dan 2 2 pihak sediakan 3 dulang hantaran. Satu letak manisan, satu hadiah untuk mak ayah dan satu lagi hadiah untuk pasangan.
Oh lupa, kaler pilihan dark purple merge dengan hijau lumut sikit-sikit. Barulah joker hihi
Belah pihak lelaki, aku serahkan pada dia nak buat macammana. Dan kalau boleh memang aku tak mahu buat besar-besaran jugak. Buat kenduri doa selamat pun kira dah ok.
Bajet perkahwinan, kita sharing, 50-50. Kecuali mas kahwin, aku nak dia carik duit sendiri.
Lepas kahwin, family planning kena ada. Kalau boleh aku tak mahu anak. Setahun ok tak?
Kasiklah aku merengek-rengek dengan suami dulu, masak sedap-sedap untuk dia, tidur bawah ketiak dia puas-puas dulu dan pastinya kewangan kena stabil dulu. Ingat senang nak bela seorang manusia sampai dia jadi manusia?
Lagipun kalau boleh lepas dapat anak, aku tak mahu kerja. Aku nak besarkan anak tuh sendiri. Tak mahu hantar nursery, tak mahu orang lain suapkan dia, tak mahu orang lain susukan dia. Aku nak jadi seorang isteri dan seorang ummi secara esklusif.
Ini perkahwinan impian saya.
Dan sekarang aku perlu carik lelaki yang cukup gila untuk memperisterikan aku. Phewwww
1 comment:
i m listed on da 150 rite? =]
Post a Comment