tiga puluh lapan: berserah dengan cakap mulut tak sama berserah dengan cakap hati

Ada sebab kenapa sejak dari dulu Tuhan kasik hidup aku susah.

Eh, bukan dari dulu. Baru-baru aje.

Sekejap senang sekejap susah kemudian senang balik dan susah balik.

Fynn pernah cakap secara metaforanya manusia ada 2 balang;

Satu:
Balang pertama diisi penat-lelah sampai penuh balang tuh baru Tuhan penuhkan pula balang kedua untuk diisi kesenangan

Dua:
Balang pertama diisi yang manis-manis belaka, sampai melimpah-ruah-pecah dan tiba satu detik Tuhan beri balang kedua yang penuh dengan rasa pahit

Dan tiga:
Balang pertama dan kedua diisi sama rata. Sedikit demi sedikit. Sama adil.

Mungkin aku ini manusia dari kategori 3. Tuhan itu adilkan. Setiap dari kita ada bahagian masing-masing.

Aku tak kata yang aku ini hebat sangat. Kadang-kadang aku marah dengan Tuhan, kenapa asyik aku saje yang kena, kenapa itu kenapa ini? Dan kenapa manusia lain dapat apa yang tak sepatutnya dapat?

Dan aku benci dengan manusia yang asyik suruh aku bersabar. Aku benci!

Sampai satu tahap aku tutup semua pintu. Aku asingkan diri dari semua. Aku jadi manusia bodoh!

Tapi itulah kita semua ada bahagian masing-masing. Ada pengalaman masing-masing dan cara yang berbeza untuk sedapkan hati sendiri.

Jangan cuba untuk faham dan jangan memperlekehkan pengalaman orang lain, kalau kau tak hadapi - elok diam saja. Tak perlu fahamkannya pun. -Ms. Weed

Pengalaman yang kita lalu hari-hari dengan manusia yang kita jumpa hari-hari, sedikit sebanyak akan bentuk kita jadi manusia bagaimana yang kita hendak jadi.

Tiap kali aku marah sama Tuhan, aku mesti cakap ada sebab kenapa Dia duga aku. Mesti ada salah silap aku sana sini. MESTI ADA SEBAB. Kalau tak takkan jadi beginikan?

Macam mak bantai anak sebab dah maghrib-maghrib pun masih mahu terjun sungai.

If everything against You, and everything fucks up, and you are slowly losing faith, just remember this;
"Apa yang kamu buat untuk kamu rasa berhak dan deserve dapat kasih sayang Tuhan?" -01:27:19-

tiga puluh tujuh: sudahkah anda mendaftar?

Beginilah agaknya susah payah rakyat yang tak pernah diambil peduli oleh pemerintah.
Sana-sini heboh pasal video lucah, makan suap, kepala siapa yang boleh dipijak-caci-maki dan siapa pula kambing hitam yang akan disembelih.

Busuk.

Masing-masing mengaku Islam tapi mulut berbau bacing.
Penat.
Sudahnya sampai bila hendak berubah mentaliti masyarakat kita.

Kita sebenarnya kaya. Tuhan kasi bumi kita ini pelbagai harta. Cukup sebenarnya untuk semua tapi dah tamak haloba, sana sini mestilah berlobang.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini! -Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin -

Bernafas perlahan-lahan

Sejak kecil lagi, kawan-kawan aku tak pernah ada yang tetap. Sentiasa berubah-ubah.

Bila orang lain sibuk tayang sana-sini bff masing-masing, aku masih terpinga-pinga cari siapa yang ada dekat sisi aku waktu aku tengah sesak, waktu aku tengah rompong, waktu aku cium bumi.

Sungguh, satupun tiada, atau dengan kata mudah aku memang tak cari sesiapa. Mungkin aku dah terlalu biasa tanggung semua sendiri ataupun malu dengan masalah sendiri sampaikan tak mahu orang lain tahu aku bermasalah.

Walaupun aku kata tak kisah namun aku tetap mahu berkawan dan kawan aku ada pelbagai macam bentuk.

Lihat, Tuhan tarik cinta aku dari seorang lelaki, tapi Tuhan berikan aku cinta yang macam-macam.

Cinta aku dengan keluarga yang pernah aku buang jauh-jauh dulu makin erat.
Cinta aku dengan kawan-kawan bertambah.

Tuhan juga berikan aku rezeki yang secukupnya walaupun diri sendiri tak pernah merasakan cukup dengan apa yang ada.

Dan paling penting, Tuhan dekatkan aku dengan Dia.
Cukup untuk aku merasa rindu dengan Dia, merasa rindu dengan kekasih Dia.

Itu rasa yang paling hebat.
Dan Dia juga tahu untuk kurniakan aku dengan seorang lelaki sekarang mungkin mendatangkan mudarat buat aku.

tiga puluh lima: emosi penuh di dada

Aku berada di kubikel kecil membuat kerja lebih masa sambil looping semua lagu Wani Ardy dekat reverb sambil kepala merewang ingatkan tangan mengigil-gigil gali kubur Aizat semalam adalah sama bisa dengan ambil pisau lipat-toreh kulit-titiskan jus limau purut.

Dan lagu Crimson itu boleh buat kau gantung diri dekat siling.

Dan tak perlu nak buktikan fakta yang perempuan sememangnya penuh dengan emosi.

Aku tahu dan aku faham.
Aku berada di kubikel kecil membuat kerja lebih masa sambil looping semua lagu Wani Ardy dekat reverb sambil kepala merewang ingatkan tangan mengigil-gigil gali kubur Aizat semalam adalah sama bisa dengan ambil pisau lipat-toreh kulit-titiskan jus limau purut.

Dan lagu Crimson itu boleh buat kau gantung diri dekat siling.

Dan tak perlu nak buktikan fakta yang perempuan sememangnya penuh dengan emosi.

Aku tahu dan aku faham.

tiga puluh empat:terlalu sekejap

Tuhan,
Satu persatu perkara yang aku sayang kau ambil perlahan-lahan.

Tuhan,
Aku punya perasaan.

Tuhan,
Apakah aku tidak boleh menyayangi?

Tuhan,
Aku lemah.

Tuhan,
Maafkan aku.

Tuhan,
Sunguhpun kecil dugaan ini tapi hati aku macam diracik-racik.

Tuhan,
Ampunkan aku.

Tuhan,
Ampunkan aku.

Tuhan,
Ampunkan aku.

Tuhan,
Jiwa aku ini, Kau sahaja yang memilikinya, maka, kuatkanlah.

Tuhan,
Ampunkan aku.

Aizat, Bonda minta maaf sebab Bonda tak dapat jaga Aizat elok-elok. Bonda minta maaf sebab Bonda tahu Bonda salah. Bonda minta maaf.

Kosong

Persis awan kosong hidup aku sekarang.

Awan yang tidak bawa apa-apa, yang langsung tidak menjatuhkan setitik air pun ke bumi.

Lalu perlahan-lahan dibawa pergi dan hilang begitu sahaja.

Tidak membawa apa-apa erti untuk sesiapa sahaja.

Berlalu tanpa ada sesiapa yang meratap.

Persis awan kosong hidup aku sekarang