empat puluh: biar jiwa bersuara

Aku sangkakan bila aku duduk diam-diam dekat sini, aku boleh hilangkan perasaan rindu-benci-dendam dekat bekas kekasih.

Aku sangkakan bila aku kurangkan bergaul, aku boleh larikan diri dengan manusia yang bersangkut-paut dengan bekas kekasih.

Tapi aku silap besar.

Makin aku main lari-lari, makin dekat dia datang dekat aku.

Sekarang, teman serumah (C) kawan (B) kepada kawan aku (A) adalah kawan bekas kekasih aku. Senang cerita, senior aku yang dulu-dulu itu cakap pernah nampak aku dating berdua dekat cafe kampus.

*gelak guling-guling*

Dulu-dulu, hidup susah (sekarang pun susah jugak), takda kereta jadinya semua cafe kampus kami tawaf tiap-tiap malam.

Tak sangka, borak punya borak, rupanya kami sekelas, dan hadir konvokesyen yang sama.

Geram-marah-kelu-sedih, semua ada bila aku tanya 'eh kau kenal dia tak?'

Tak sangka. Sungguh. Lagilah kawan aku (A) itu langsung tiada kaitan dari dulu sampai sekarang. Kenal pun sebab punya minat yang sama.

Kelakar pun ada juga. Lelagi bila C tanya siapa-dump-siapa (it was me who been dumped anyway), tunjuk profile bekas kekasih dan cerita hidup dia depan-depan aku.

Nak tutup telinga pun tak boleh. Hanya gelak sakan. Aku tahu cerita dia walaupun tak sepenuhnya. Sangka aku jantung akan berdegup laju-cemas-perut ada rama-rama tapi entah, satu perasaan pun tak ada.

Cuma rasa sejuk. Macam angin bertiup, sekejap aje rasanya.

Lagipun dah lama kot, aku dengan bekas kekasih putus. Dia pun dah buang aku jauh-jauh, kalau tidak takkan dia bagitau aku yang dia sudah bertunang dan mahu kahwin bukan?

Cuma aku ini yang teramat susah nak mulakan hidup jauh-jauh dari dia. Hati terkilan sebab putus hanya berbekalkan sms. Sedangkan esoknya kami patut berjumpa after lima bulan harung cinta jarak jauh. Dan bila dia cakap dia sudah bertunang 6 bulan selepas kami putus, aku hilang akal sekejap. Meraung bagai nak gila. Nasib iman yang senipis bawang tuh ada, kalau tidak mungkin sudah terjun gaung. Tuhan masih sayangkan aku.

Dear you,

I can't say this straight to your face since you already ditched me a long time ago and I know you don't want to hear anything from me, but I owe you an apology.

Satu detik, perasaan amarah-dendam-benci semua ada dekat diri, sampaikan satu tahap, I wish you were dead.

Tapi itu dulu. Sebelum saya sedar yang Tuhan itu pemilik abadi pada hati kita semua. And I think it is time for me to move on too. I can't runaway from the fact that I used to fell in love with you, but now, I believe I can live without you.

Macam lagu Alyah tuh, ...cuma terganggu oleh perasaan...

Kita buat silap masa lepas, and I hope you and me will never make the same mistakes again. I've learned my lesson and I hope you too.

Saya tahu awak tengah bahagia dengan hidup awak sekarang dan juga dengan pasangan hidup awak. Harap awak peroleh apa yang awak cari selama ini.

Dan sekali lagi, saya minta maaf.

Dan, oh ini bulan Mei kan, well, Happy Birthday to you. (Yes, I still remember it, Tuhan belum mahu hilangkan tarikh itu dari kotak memori saya, maaf)

Regards,
Perempuan.

No comments: