tiga puluh sembilan: "i'm stuck with writing songs just to forget so i'll sing this song to you for the last time"

Apa yang ada dekat sini cumalah repetition dari apa yang aku baca dari orang lain.

Sebab aku tahu aku bukan penulis yang maha hebat untuk mengulas perkara-perkara yang complicated.

Aku juga tidak punya kehidupan yang menarik untuk dihebahkan pada semua orang. Aku tak ada semua tuh.

Blog ini wujudkan untuk aku salurkan tenaga aku. Aku perlukan terapi dan ini salah satu caranya. Aku manusia yang malas untuk menulis, boleh kira berapa kali aku pegang pensel setiap hari dan ilham aku seakan wujud bila aku mula menaip. Sungguh. Bila aku menaip dan kala aku sedang sibuk menyelesaikan tugasan sambil bos pegang pisau dekat leher, waktu itu mencurah-curah ayat-ayat yang akhirnya mati dalam kepala sebab tidak sempat untuk dihabiskan dan hilang macam tu aje.

Lagi satu masa aku dekat jamban. Sebab itu bila pergi jamban aku suka bawa handphone. Bukan hendak berborak tapi untuk catit perkataan apa yang bakal muncul dalam fikiran aku.

Setiap masa ada saja yang terfikir dalam fikiran aku, sebab itu aku susah nak tidur malam. Susah hidup kalau asyik bermain dengan imaginasi, lama-lama pasti tenggelam, silap-silap mati lemas bila sudah terlalu hanyut.

Kawan-kawan ramai yang cakap aku suka merepek tak tentu hala. Salahkan Tuhan sebab Dia yang cipta aku sedemikian rupa.

Fynn cakap, orang-orang macam aku(kami) suka connecting the dot. Kami manusia yang suka complicated-kan sesuatu perkara.

Dan sekali lagi salahkan Tuhan, Dia yang cipta aku sebegini.

Aku rindu untuk punya perasaan dengan manusia. Aku rasa aku dah mula mati hidup dengan manusia.

Bila berkawan, aku tetap rasa kosong. Mungkin sikap aku yang terlalu prejudis dengan manusia, terlalu menyimpan dendam, sikit-sikit telah bunuh ability aku untuk rasa cinta dengan manusia.

Aku lebih suka habiskan masa dengan binatang dari manusia.

Itulah akibat dibiarkan aku sunyi terlalu lama. Sudah aku khabarkan pada mama supaya kahwinkan saja aku ini tapi mama bukan jenis manusia yang akan buka agensi cari menantu untuk aku.

"Ada jodoh awak kahwin, takda jodoh awak jaga diri elok-elok"

Dan diakhir hari aku tarik selimut, tepuk bahu sendiri dan ucap "Tuhan itu ada untuk aku."

Yes, I know my life is kinda pathetic.

Ingat aku tak tahu?

Ke sana ke mari sendiri, mahu travel tapi takut kena culik, mahu beli rumah tapi tidak mampu bayar sendiri, kawan-kawan sudah beranak-pinak, aku? Kucing aku sendiri dah beranak empat.

Aku rasa palat bila aku masih belum sampai untuk capai sunnah Rasul yang satu.

Tapi tapi on the other hand, Tuhan murahkan rezeki aku. Manusiakan memang tamak, mahu semua.

Walau macammana miserable pun hidup aku, bila tiap pagi aku masih mampu hirup oksigen hitam pekat, apa daya aku untuk putuskan nyawa aku. Tuhan sendiri bagi aku peluang. Kalau Dia yakin dengan aku, kenapa tidak aku?

Itulah, setiap kali aku rasa kuat untuk diri sendiri ada saja manusia yang cuba patah-patah belikat aku. Hancur lebur.

Perit.

Apatahlah manusia seperti aku ini yang self-confidentnya sehalus benang sutera china. Sudahlah bukan mudah untuk tenteramkan diri, dibunuh pula dengan manusia yang tak pernah senang dengan kehidupan orang lain. Sebab itulah Rasul cakap lidah itu lagi merbahaya dari bilah pedang.

Hati yang tersiat-siat dek kata-kata manusia lebih teruk lukanya dari terkena pisau waktu potong ikan. Gunalah bius sekuat mana pun takkan sembuh.

No comments: