lima puluh sembilan: kasih beralun melodi diadun

Menangis
Ketawa
Menangis
Ketawa

At the end of the day, we'll get through no matter what. Selagi Tuhan belum kata berhenti.

Panjang akal, panjang juga langkah untuk bertahan.

Senyum, hadap saja dengan hati terbuka. Ada masa nanti selesai jugalah satu persatu semuanya. Cuma kuatkan diri untuk tempuh segala. Kata kereta kebal bukan?

Semacam sudah biasa, aku rindukan laut yang terlalu sering mampu meng-ekspresi-kan rasa dalam diam. Tak pernah gagal. Cuma kali ini bertambah sesuatu kerana aku rindukan manusia yang ada dekat situ.

lima puluh lapan: struggle

Struggle to breath
Struggle to survive
Struggle to live
Struggle to get through everything.

Dah kering airmata, dah susut kudrat, dah hilang harapan untuk bertahan lagi.
Sampaikan sudah tidak ada akal lagi untuk dimuntahkan. Hilang semuanya.

Cuma berharap Ramadhan yang bakal datang membawa berita gembira untuk pernantian yang sudah bertahun-tahun memamah isi daging sehingga tinggal tulang bersalut kulit sahaja.

Abaikan Syawal kerana itu bukan lagi prioriti.

Tuhan,
Berapa lama lagi?
Maaf untuk kealpaan aku sujud pada Kau.

lima puluh tujuh: memoir of a teenage amnesiac

For 10 years, I've been living in fairy tales and magic, all thanks to J.K.Rowling and this year it is all ended.

I still remember 3 years ago, sebelum bekerja, selepas habis belajar, duduk mengganggur dekat rumah, Harry Potter movie yang paling kerap aku layan. Paling kerap maknanya, day 1 layan HP & Sorceror's Stone, day 2 layan HP & Chamber of Secret, day 3 layan HP & Prisoner of Azkaban, day 4 layan HP & Goblet of Fire, day 5 layan HP & Order of the Phoenix, habis ulang balik rutin yang same for weeks!

Bila dah bosan sebab lama sangat nak tunggu next movie keluar, mulalah korek duit tabung beli buku. Buku Half-Blood Prince tuh aku habiskan dalam masa 2 hari. Nampak sangat pemalas dekat rumah, tak buat apa-apa selain makan-tidur aje. Memang layan kena pelangkung dengan nenek aku.

Bila dah habis baca buku tuh mula lah hati tak sabar nak baca last book, tapi masa tuh tak kerja jadi mana nak korek duit? Berusaha aku jadi cucu yang berhemah dan rajin sebab nak pau duit nenek hehe

Buku Deadly Hallows pun siap dibaca dalam masa 2hari. Lepas tuh aku ulang-ulang tengok movie dengan baca buku mengikut kronologi sampai tulang buku tuh retak aku dok ulang-ulang baca. Bila kenang balik gila sawan aku masa tuh.

Jadi bila keluar Half-Blood Prince tuh aku jadi teruja-belagak-poyo sebab dah tau jalan cerita kan? Tapi aku sedikit kecewa sebab KENAPA TAK SAMA DALAM BUKU? Rasa hati dicarik-carik, konon die-hard fan lah. Tapi aku lupa, mana boleh adaptasi buku sebijik ke layar perak.

Oklah. Kita tunggu next movie. Tengok-tengok Deadly Hallows Pt. 1 pun sama jugak. Aku rasa nak give-up dan menyesal sebab baca buku dia dulu. Berkali-kali pulak tuh, dan Deadly Hallows adalah the heart of HP franchise. Itu kemuncak cerita kot.

Takpe, kita tengok last movie macam mana. Nasib baik ok, cuma in the book when Harry said to Voldemort "Remorse Riddle, remorse" it was like kemuncak for the whole saga but that part was not included kalau tak the film will be epic!

Seriously, part tuh paling penting (mengikut pendapat saya yang amatur lagi comel nie,eh?) sebab ada dialog dalam tuh yang terangkan dekat Voldemort the whole picture, why he never succeeded using the Elderly Wand? how Harry back to life? the truth about Snape that never was on his side all this time dan macam-macam lah. Even Harry ada cakap pasal wand tuh dekat Ron & Hermione tapi feel dia dah lain sangat. Apart from that HP7 Pt. 2 is the gem among other HP series.

Congratulation to David Yates and thank you to J.K Rowling for my not-so-young-childhood-memory. Now I have a story to be told to my unborn child haha

Dah aku jadi pengulas cerita pulak.

lima puluh enam: Bukan sengaja cuma kalau manusia yang kekurangan kalsium macam aku memang cepat barannya sampai

Tambah dengan keletihan mengada-ngada yang melampau, asal balik kerja, baring atas kerusi terus langgar maghrib isyak, bangun marah-marah dengan kucing sebab ingatkan kaki aku nie tulang ayam, habis calar-balar, mandi pun tunggang-langgang dengan makan yang tak pernah nak berhenti, maka aku harus tahu, masanya sudah sampai.

Tinggal belum sampai senyum-senyum dalam tandas diikuti melalak tak tentu pasal dan akhirnya meraung sampai mata merah tanpa sebab yang munasabah.

Gedik.

I'm sorry.

lima puluh empat: lelaki adalah subjek yang paling aku lemah

Sedari dari kecil hidup aku memang dikeliling serikandi semuanya.
Jadi agak kekok untuk memahami sifatnya, paelnya dan segala macam perihal manusia dari Mars ini.

“To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all.” Via Weed



Waktu aku tetapkan hati untuk redah semuanya, aku tahu banyak perkara yang aku kena korbankan untuk manusia kromosom xy. Ini bukan mahu ikut kata hati mati, ini percaya dengan keadilan Tuhan untuk setiap yang mendatang. Dah aku minta, DIA pun kasi, cuma agak terkejut sebab DIA kasi bulat-bulat apa yang aku mahukan.

DIA kan adil, setiap yang dirancang mesti ada sebab musabab yang membawa kita kepada masa sekarang. Dan tak salahkan kalau kita cuba bahagia dengan apa yang ada.

Image Hosted by PicturePush

lima puluh tiga: party like a rokstar

Sementara tak sibuk nie, aku enjoy dulu masa yang ada. Berjalan sana-sini sampai muntah dengan sampai kopak duit. Nanti bila sudah sibuk, jangankan nak tengok wayang, nak beli nasi pun tercungap-cungap agaknya.

Jadinya hujung minggu ini kita bercuti sakan(lagi?)
Yup. Bulan nie memang banyak betul aku berjalan. Sampaikan tercungap-cungap nafas aku. Nasib baik my little kancil sangat taf orangnya.

Minggu pertama ke Kota Kinabalu dan Kundasang betul-betul dah curi hati aku. Dan planning aku semuanya berjaya kecuali hari terakhir hujan, jadi aktiviti ke pulau-pulau sedikit terganggu. Dan aku berjaya mengatasi rasa takut untuk snorkeling. Subhanallah, cantik betul ciptaan Tuhan. Dah boleh proceed untuk ambil diving license tahun depan.

Image Hosting Site

Minggu kedua ke Melaka dan perangai paling hodoh pernah aku buat; tidur di mana sahaja. Depan kerusi dekat pub,kunyah singam tepi jalan dekat jonker walk dan time makan burger dekat Asam Pedas Claypot pun boleh tertidur!. Nasib kawan-kawan sporting walaupun kena gelak kauw-kauw. Asalnya pergi Melaka untuk hantar Mr. Rokstar berbuskin, dari berdua jadi ber-empat, last-last ber-tujuh terus ke sana. Seronok!

Image Hosting

Oh sebelum ke Melaka, berGEGO sekejap dekat Bukit Timbalan. Tahun ini act semuanya superb! Ah demam dengar bunyi gendang dari khottal. Tahun lepas tercongok sorang-sorang depan stage, tahun ni?? Segerombolan manusia datang dari N9 dan KL. Indah!

Image Sharing
Curik dari Terra


Satu yang aku belajar dari semua manusia yang aku jumpa, hidup aku ni taklah seteruk mana pun. Aku patut bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Tuhan bagi. Alhamdulliah. Cuma sekarang I'm too blunt with my own feelings and it scared me to death.

Image Hosting

Minggu nie Kuantan yaw!

lima puluh dua: money saku

Kalau bercerita perihal duit sampai kiamat pun belum tentu habis ceritanya.

Ada yang marah-marah sebab duit tak pernah cukup, ada yang cemburu dengan orang yang ada banyak duit, ada yang tak puas hati duit ada banyak sangat (ada meh?), macam-macam hal lah.
Same goes here.

Isu kenaikan pangkat dan kenaikan gaji memang hot stuff untuk pekerja yang makan gaji macam aku. Sebab tuh orang cakap gaji is private and confidential dan boleh buat perang sama-sama kawan. Dan tiap-tiap tahun jugak aku kena tahan telinga dengar macam-macam cerita orang; gossip lah kan, time nie semua perkara buruk confirm keluar.

Pening lah kadang-kadang bila orang sana cakap pasal orang sini, orang situ tak puas hati dengan orang atas, aku yang tak tahu apa-apa pun jadi tahu.

Tapi cerita yang paling menarik sekali, muka tak malu bila suruh orang yang paling tak puas hati tu belanja makan.

Tempat tak alang-alang, café mewah, restoran mahal, gerai tepi jalan tak main lah dan tanpa rasa bersalah kaut semua depan mata. Habis makan, mengumpat balik.

Funny!
Apa agaknya yang ada dalam hati setiap seorang manusia nie?