Dulu-dulu ada myspace tapi dah kena delete.
Lepas tuh ada pulak friendster tapi sekarang dah biarkan berabuk.
Lepas tuh ada pulak blog tapi banyak kali dah tukar link dengan buat blog baru.
Lepas tuh ada pulak facebook but lately i'm losing my appetite.
Lepas tuh ada pulak twitter tapi dah deactivated kan pung. Same reason, too much dramas.
Lepas tuh ada pulak tumblr, tapi macam petik suiz lampu, buka-delete-buka-delete account, several times.
I'm easily get bored. Jadi buka-delete account nie dah biasa. Email macam-macam nama ada. Tapi last-last semua ke laut.
But lately, aku rasa dah bosan dengan semua tuh. Makin lama makin tak seronok dah. Ada pun cuma sebagai cukup syarat untuk hilangkan kebosanan dekat office.
You see, kerja aku kerja duduk office mengadap monitor. Internet kasik free but i'm abuse it. Ada several website tak boleh bukak macam blog dengan fb tapi kawan dah ajar guna proxy, and now aku lagi terer dari dia. Jadi setiap masa akses free untuk ber-online itu ada. Jadi bila aku free sikit mulalah godak sana-sini.
Tapi jangan ingat aku tak buat kerja langsung. Aku buat kerja laju, kawan cakap macam robot. Cepat siap. Ini betul-betul tak tipu, so bila cepat siap, aku takda benda nak buat maka aku ber-online.
Dulu excited, best tapi lately aku rasa bosan.
Fake.
Dunia internet lagi kejam dari dunia luar.
Aku rindu nak rasa sinar matahari menyentuh kulit. Fulamak. Sastera gilak.
Tapi betullah. Sejak kulit aku kena elergik paling teruk haritu, aku sedar, I spent too much times on the internet sampai lupa dunia luar. Plus, all the virtual dramas yang ada, buat aku mual.
Nak putus kasih, cakap aje dekat twitter. Nak bergaduh, kutuk-mengutuk, maki hamun semualah kita boleh dapat tahu dengan sekali klik aje. Tanpa segan silu, perihal rumahtangga, isi dalam hati, adik-beradik bergaduh, semua orang dah boleh baca sebab kita sendiri yang bagitau dekat orang. For glamour or sympathy, you decide.
Segala duka lara, happy meppy(??), semuanya nak diceritakan. And sometimes aku rasa macam orang bodoh jugak bila asyik nak update shopping dekat mana, makan dekat restoran mana. Semua nak check-in lagi-lagi kalau tempat high-class, Tutti Fruitti misalnya. Itu belum campur lagi bebelan kononnya tengah marah dekat bos lah, kucing berak merata dekat rumahlah, harini nak masak lemak cili padi lah.
*facepalm*
Aku pernah buat semua tuh and lama-lama aku rasa macam anjing yang tunduk dengan teknologi semasa.
*yes, i know, i'm using your term. gelak ar, sepak kang baru tau*Itu belum masuk lagi kes copy-paste quote dari hasil carian google, share links on how to become better lover misalnya atau cara-cara mengenali perangai wanita dari bentuk buah dada atau cara-cara memikat lelaki etc.
I don't say yang dunia virtual nie tak bagus. Semuanya depends on you.
Macam pisau. Asalnya dicipta untuk memudahkan kerja-kerja harian bukannya untuk mengelar tangan membunuh diri sebab kecewa pakwe tak mahu ajak date. Jadinya terpulang pada diri sendiri yang nak tentukan buruk baiknya pisau itu dalam kehidupan kita.
Same goes with the internet.
Ada pepatah cakap, mata pena itu lagi tajam dari bilah pedang. Ada juga cakap, sebabkan mulut badan binasa. Tapi sebab kita hidup zaman high-tech maka papan keyboard itu lagi tajam dari bilah pedang. Hasil taipan kita itu boleh buat kita hancur binasa. Kalau tak, takkan ada seorang budak yang bergurau nak bomkan helicopter ah gor jib tuh boleh kena tangkapkan?
Orang zaman sekarang lebih suka create scene/drama secara virtual compare betul-betul punya sebab less cost and more effective. Cepat maaa. Pos ekspress pun tak laju macam nie. Plus, we all craving for attention.
Orang berbudi kita berbahasa. Makin banyak kita 'like' status orang makin tinggi harapan kita untuk orang 'like' status kita.
Popularity on the internet sekarang sama pentingnya macam menunaikan hajat pagi-pagi buta dekat jamban. Login fb ke tiwtter ke blog ke, mesti ada notification berlambak-lambak barulah rasa hidup tuh puas dan bermakna. Kalau tak, muka mesti macam kena sembelit, ketat aje.
Punya account virtual lagi penting dari punya telefon. Eh silap, telefon pun sama penting jugak. Ye lah, nak ber-online bila-bila masa senang. Kalau tak macammana nak check-in dekat Tutti Frutti ke Subway ke JPO ke. Lepas tuh senang nak kasik orang stalk your profile.
Once you post something online it's stay forever there.