sembilan puluh tiga: gulung pertama mata ikang

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


First roll.
Tak menjadi dan a bit clumsy.

Ye lah, lama dah tak guna kamera manual, mana ingat nak roll filem tuh secara manual jugak. Ingatkan lepas habis filem tuh dia automatik roll sendiri. Dan disebabkan agak rakus, makanya aku buka tempat filem tuh dengan penuh yakin.

Lepas tuh mau menjerit tengok filem tak roll lagi. Hambik kau, masuk angin semua :(

Tapi ada jugak lah yang jadi. Separuh aje.

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Aku google, katanya kamera nie guna cahaya yang banyak. So aku assume sebab tuh gambar aku semua nampak dull aje walaupun sebenarnya time tuh tengah panas terik. Ataupun sebab filem tuh dah kena angin kot? Ataupun untuk filem iso400 tak sesuai amek gambar dalam building? Entah. Nasib first roll nie dia kasik free. So tak rasa rugi sangat hihi

Tengok ar nanti second roll jadi macammana. Yang pasti aku dah gulung siap-siap sebelum buka.

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Gambar tak cantik bila scan since I'm using office punya scanner haha kedai gambar dekat kuantan aritu tak boleh scan sebab burner dia rosak??? Whatever. Cuma aku tengah fikir macammana aku ambil gambar yang ada cahaya merah-merah tuh since aku tak rasa masa tuh aku guna bulb. Sebab aku suka sama itu effect merah. Nampak gothic hihi Ok kd sila hempuk kepala dekat meja sekarang

Yang jadi 15 keping. Total cuci dengan print = 94sen sekeping = ringgit malaysia empat belas. So mahal ke murah tuh? Nanti tengok harga kedai gambar dekat pasir gudang pulak. Tapi punya susah nak carik kedai yang boleh cuci cepat rata-rata ambil masa 4hari. Dekat Kuantan aritu dalam masa 24jam dah setel.

Walaupun rakus nak beli filem lomo tapi aku rasa better aku guna filem yang murah-murah dulu or expired film. Dah mahir baru rembat lomography x-pro ka? revolog ka? agfa ka? Jadi kena cakap dekat diri banyak-banyak 'jangan rakus kd, jangannnn'

Rasa best pulak bila main filem sebab dapat rasa kepuasan tengok gambar tuh dicuci. Kalau digital, memang jadi jeruk dalam hard disk tuh hihi

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing


Aku jugak tau yang banyak gambar yang tak berfaedah aku ambil tapi apa ada hal. Aku kan suka buat perkara yang tak berfaedah haha

Kamera: Lomo FishEye 2
Filem: Kodak Ultramax 400 (Fresh)

1 comment:

inam kitites said...

sebab tu aku suka analog dari digital!! yey!!