They said don't believe everything you read from the internet, yet we spread lies from everything we found from the internet.
We never bother investigate whether it is rumours or facts because time is very crucial. We don't want to be the last person on earth who got the big apple.
We just believe what we want to believe. We see what we want to see even it is not the truth.
Kalau tak, masakan rancangan Melodi boleh tahan sampai 24tahun?
Kalau kita boleh berhabis masa berjam-jam dekat internet untuk carik bahan bacaan, why can we have time to clarify benda yang kita baca itu betul atau tidak?
Adakah kita nie rakyat yang tak suka membaca?
Ohh wait!
Rakyat Malaysia sebenarnya suka membaca; suka membaca tajuk atau bahasa omputihnya headline sahaja. Tak percaya? Tanya Harian Metro.
Lepas tuh tengok isi, hampeh. Tapi ada jugak kalangan kita yang lepas baca tajuk, without even took a glance on the first paragraph, sudah mula buat spekulasi yang bukan-bukan.
Aku tahu, tajuk yang menarik bakal menarik minat para pembaca. Satu 'hook' untuk orang beli/baca/tengok apa yang kita nak sampaikan.
Kaedah nie dah diguna-pakai sejak dulu lagi.
Pernah tangok orang jual ubat tepi jalan?
Dulu banyak, sekarang aku tengok dah kurang.
Aku suka tengok. Sebab kelakar. Cuba perhatikan macammana orang tuh berniaga? Cara cakap, gerak tubuh badan. People will do anything for a penny.
Aku rasa orang tuh kalau jadi politician mesti hebak. Since dia boleh yakinkan ramai orang untuk beli ubat dia dengan bermodalkan air liur. Keberkesanan ubat dia? Below par.
Tapi kenapa walaupun kita tahu fakta yang ubat-ubat tepi jalan nie tak selamat, ramai juga yang membeli. Ada aku tengok berbotol-botol, terutama ubat kuat. Tua, muda semua ada.
Sebab aku percaya, kita percaya apa yang kita mahu percaya. Dan orang jual ubat tadi sangat hebak sebab dia percaya yang dia boleh berjaya buat orang percaya yang ubat dia is the best medicine in the world.
Sama halnya dengan sebaran maklumat.
Sekarang nie paling senang nak pancing orang untuk sebarkan maklumat terutamanya dikalangan muslim dengan ayat macam:-
'Kalau korang sayangkan Allah/Muhammad/Islam, sebarkan ayat/artikel/gambar ini'
'Kalau ada masa forward benda2 hiburan takkan tak mau forwardkan ilmu ini'
'Sampaikan dariku walaupun satu ayat'
Lepas tuh mulalah lambakan ayat/artikel/gambar yang di-share-kan dengan tujuan sayangkan Islam.
Ok.
Kalau kisah-kisah nabi ka? tafsiran Al-Quran ka? ayat seribu dinar ka? aku boleh terima lagi since aku pun suka baca benda-benda gitu.
Kita sendiri tahu, salah sebar boleh timbulkan fitnah. Alang-alang dah baca tuh, tak boleh ke google pasal perkara tuh because I believe most of them are hoax.
'Budak nie patut dibunuh sebab menghina Islam'
Aku tetap rasa profile budak-budak yang dikatakan menghina Islam tuh hoax. Kalau orang boleh buat profile yang pasal Hang Tuah-Mahsuri, Tunku Abdul Rahman-Merdeka, Saloma-P.Ramlee tuh semua ingat orang tak boleh buat profile palsu berkenaan ini?
Pernah kita siasat, dari mana wujud profile tuh semua? Aku pernah cari account-account tuh tapi hasil takda. Atau erti kata lain, tak wujud langsung profile tuh.
'Dibakar kerana menghina Islam'
Pasal kartunis yang menghina Nabi Muhammad. Pernah google image Kurt Westergaard. Gosh kalaupun malas nak carik isu pasal dia, tengoklah dulu rupa orangnya macam mana. Lepas tuh compare sama ke tak dengan gambar dalam artikel yang kau baca.
This turbulence is created to spread hate among us.
Dan sememangnya masyarakat kita nie mudah melatah, pantang kena jentik sikit angin semacam. banyak makan cili agaknya.
Kenapa orang tak nampak semua tuh?
Sedangkan mereka nie terdiri orang yang bijak-pandai. Bagi aku if you know how to use the internet, anda adalah seorang yang cerdik it cuma cerdik tuh perlu diasah lebih lagi supaya jadi manusia yang berilmu.
Tapi itulah bila ditegur, degil tak mahu dengar. Dicop bodoh sombong, marah pulak.
And yes, there are people who will take advantages by creating these chaotic.
Macam virus dekat internet.
Ingat virus-virus dekat internet tuh tiba-tiba boleh ada? Tiba-tiba ada hacker yang sebarkan virus untuk suka-suka? Tiba-tiba Jackie Chan jadi model Kaspersky(eh?)
Macam penyakit-penyakit pelik ada wujud sekarang, H1N1 misalnya.
Tiba-tiba ada penyakit yang berkaitan dengan burung pulak padahal burung tuh dah wujud lama. Ok. nak salahkan our polluted environment? Then think this, untuk hasilkan vaksin/penawar setiap penyakit baru it tooks years of research, not to mention, kena tested on animal and human trial. Tapi penawar H1N1? Google and find berapa time-frame dorang dari start penyakit tuh timbul sampai announcement cakap they have found a cure-vaksin.
Macam cycle berita pasal hal pecah rumah lepas tuh kereta hilang lepas tuh pasal lapisan ozon sedang menipis. This cycle will continue over and over again. Why? To create awareness among us? Supaya kita berhati-hati dan sayangkan bumi kita? Tapi kenapa sekejap-sekejap aje? Sedangkan kita tahu setiap hari ada kes pecah rumah, setiap hari ada kes curi kereta dan setiap hari kilang-kilang akan keluarkan asap busuk hitam.
Semua nie ada kepentingan untuk diri masing-masing.
Siapa diri masing-masing tuh?
Haa ini kau fikir sendiri. Jangan malas, cuba sekali sekala latih otak tuh untuk berfikir. Insyaallah, you will find the answer.
Wallahhualam.
No comments:
Post a Comment