Masa kecik ada 4 perkara yang buat aku takut-mengigau-demam panas seminggu-ponteng kelas-kurang cerdik-tak suka sekolah. Memang ngada-ngada. Awal-awal persekolahan aku memang kerap ponteng kelas sebab 4 perkara nie. Gila.
1. Sundal Bolong
Aku tak boleh tengok muka Suzana tuh. Asal tengok aje, mesti terbawa-bawa dalam tidur. Lepas tuh mulalah mengigau. Dan aku tak suka makan sate sebab dia. Dan aku jugak tak mahu naik beca sebab dia. Sudahlah masa zaman aku tuh cerita Sundal Bolong dengan Misteri Mat Lampir berleluasa. Memang lemah semangat aku time tuh.
Oh ada lagi satu cerita hantu yang Noorkumalasari berlakon jadi pontianak (kejap aku google). Ok. Tajuk Misteri Rumah Tua. Muka dia lebih kurang dengan Suzana.
2. Badut
Aku takut badut gara-gara tengok cerita IT. Dan aku benci lipas sebab cerita nie lah. Terima kasih pada tuan direktor yang buat aku fobia badut sampai sekarang! Aku tak boleh tengok muka badut tuh. Ter-imagine gigi tajam Pennywise tuh dan aku akan berimaginasi yang badut senyum-senyum comel tuh culik aku, bawak masuk gua, kasik spider besar makan. Oh tiba-tiba teringat satu adegan yang kepala salah seorang pelakon kena potong lepas tuh jumpa dalam peti sejuk. Seriau aku tiap kali nak bukak pintu peti sejuk. Dan ar rumah lama nenek aku tuh peti sejuk sebesar-besar alam, boleh sumbat mak budak dalam tuh.
3. Ikan Jaws
Pernah sekali mama bawak pergi jalan-jalan dekat Langkawi. Masuklah Underworld, eksited aku tengok ikan kecik, ikan besau. Siap main-main dengan tapak sulaiman, belangkas semualah. Balik Langkawi, nenek cerita aku mengigau sampai nangis-nangis, terus tak pergi sekolah sebab demam panas. Aku rasa aku mimpi kena baham dengan ikan jaws kot. Terus nenek dengan arwah atuk ban aku dari masuk tempat-tempat gitu.
4. Mona Fendy
Aku tengah layan trailer filem melayu dekat YouTube. Terjumpa leaked scene dari filem Dukun. 8 minit. Teringat dulu asyik tengok kes dia dekat tivi. Aku selalu ada rasa goosebumps bila tengok muka dia. Lelagi masa dia senyum. I guess everyone does. Pernah gak terbawa-bawa dalam mimpi. And you know the rest of the story.
Oh, masa kecik-kecik jugak, nenek pernah cakap yang aku suka sangat bangun tengah malam buat benda-benda yang tak berfaedah.
Misalnya bangun tengah malam, ambil tuala dan bersiap-siap hendak pergi sekolah. Hari itu hari ahad.
Paling kerap nenek cakap aku suka bangun tengah malam, panjat kerusi buka pintu rumah (obviously, aku ketot kot time tuh), lepas tuh tunggu apetah tepi titi rumah or aku berjalan pergi rumah pakcik aku seberang jalan tuh aje. Semuanya aku tak sedar. Nenek yang selalu cerita sebab dia kata aku nie kecik-kecik menyusahkan aje hihi
Tahap kerajinan aku bangun malam nie sangat membimbangkan orang lain terutamanya arwah atuk, sampai dia tidur hari-hari depan pintu. Haaa itu aku ingat. Asal malam aje aku nampak dia tarik kerusi malas dia yang penuh daki-daki dia tapi aku suka main kat kerusi tuh and I'm the only person yang boleh pegang kerusi tuh even nenek aku pun tak berani ye, then tidur dekat pintu.
Tapi aku nie tengah tidur pun cerdik jugak. Since rumah tuh ada 4 pintu untuk keluar masuk, aku keluar ar pintu yang lain. Sampailah 2 pintu terpaksa dikunci dengan mangga dengan sendal guna perabot. Pintu dapur, nenek aku punya kawasan, so dialah jaga bila malam.
Punyalah mencabar nak jaga cucu yang super nakal dan a bit kurang ajar dengan nenek aku masa kecik, since she was so fierce back then, macam harimau. Banyak kali aku kena lempang dengan dia.
Tapi macammana jalu nie boleh hilang aku pun tak tahu. Nenek pernah cerita, cuma aku lupalah kronologi dia macammana. Nanti balik kampung aku tanya lagi.
Itulah kisah saya masa kecik. Sekian!
No comments:
Post a Comment